Friday, October 7, 2011

Renungan Jumaat : Mertua yang menyejukkan menantu yang memandang



Tidaklah sukar untuk menjadi ibu mertua yang ideal. Berikut adalah beberapa tips untuk menjadi ibu mertua yang disayangi menantu, terutama menantu perempuan.

Berusaha mengenali hati nurani menantu.
Dengan meluangkan waktu untuk saling mengenal akan membantu anda mengetahui akan kegemarannya dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dengan ini, anda akan dapat berkomunikasi dengannya dengan lebih berkesan.
Sematkan di dalam hati bahawa anak anda telah berumahtangga.
Anak anda kini ada tanggungjawab terhadap keluarga. Jika terasa rindu dengan anak anda, telefonlah bertanya khabarnya sekeluarga. Dan sebelum menggangang telefon, berkirim salam kepada menantu anda. Ini akan membuat menantu ada merasai diingati. Jangan sekali-sekali mencapuri hal rumahtangga anak anda terutumanya cara mendidik anak mereka. Kalau perlu dinaishati, janganlah lebih dari dua kali. Ini demi kerukunan keluarga mereka dan hubungan baik anda dengan mereka.
Berikan layanan yang mesra.
Sambutlah kedatangan anak dan menantu dengan wajah yang ceria. Jadikanlah setiap waktu bersama keluarga dengan penuh kasih sayang.

Saling bantu membantu.
Bila bertandang ke rumah anak, anda boleh menolong apa yang patut terutama sekali jika di adakan majlis kenduri. Pasti banyak barang yang perlu dibasuh dan dikemaskan!

Sentiasa berlaku adil.
Jika ada pergelisihan faham di antara anak anda dan menantu janganlah menyebelahi mana-mana pihak. Anda harus bersikap adil jika anda diminta menjadi orang tengah dengan mengingati mereka berdua tentang hati budi masing-masing - "Sedangkan lidah lagi tergigit, apalah lagi hidup bersuami isteri."

Memupuk kemesraan
Telefonlah anak atau menantu anda sebelum ke rumah mereka dan bawalah buah tangan seperti buah-buahan ketika berkunjung. Ini dengan tidak secara langsung akan membuat tuan rumah sekelurga gembira. Dan apabila tiba hari penting seperti hari lahir dan ulang tahun perkahwinan, anda boleh memberi ucapan melalui telefon atau SMS. Pasti ini akan membuat menantu bertambah sayang pada anda.

Jangan mudah terasa kecil hati.
Sikap mertua yang mudah merajuk akan menyebabkan menantu berfikir bahawa mertuanya seorang yang tidak prihatin orangnya.  Pengalaman kehidupan sesungguhnya membuat ibu mertua lebih matang menangani rencah-rencah kehidupan - "Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati."

Ibu mertua yang bijak mudah dapat menawan hati menantu. Dengan berusaha menjadi ibu mertua yang ideal bererti anda mengukuhkan keharmonian rumah tangga anak anda.
 Sumber : kawin-kawin.com

No comments:

Post a Comment