Thursday, October 27, 2011

Ucaputama Pengarah Pelajaran Terengganu; Program Memperkasakan SK Guru Besar, Terengganu

KUANTAN - " Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk bayaran yuran dengan hasrat kerajaan untuk memberi peluang pendidikan percuma kepada rakyat", demikian kata En. Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu semasa menyampaikan ucapan utama di Program Memperkasakan SK Guru Besar Terengganu di Shahzan Inn pada petang ini. Beliau vmengingatkan para guru besar agar sebarang cadangan bayaran tambahan biarpun mendapat kelulusan PIBG perlu mendapat kelulusan pengawal atau Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Beliau menjelaskan banyak perubahan yang berlaku pada tahun hadapan sebagaimana dibentang oleh YAB Perdana Menteri dalam Belanjawan 2012. Antaranya selain daripada pemansuhan yuran, banyak bantuan diberi kepada pelajar yang menuntut tanggungjawab kita menguruskannya dengan baik. Selain itu juga banyak perubahan dalam perkhidmatan guru yang diberi perhatian oleh kerajaan  dan sewajarnya disyukuri oleh warga guru berbanding dengan nasib guru atau pendidik di negara lain. Sesungguhnya amat banyak kemudahan yang kerajaan persekutuan dan negeri  berikan untuk pembangunan pendidikan, tegas beliau. Kerajaan negeri Terengganu telah menyumbangkan hampir seratus ribu e-book kepada murid dan laptop kepada  guru.

Pengarah Pelajaran Negeri juga  menjelaskan bahawa Guru Besar mesti memahami matlamat KPM agar kita dapat membuat perancangan dan gerak kerja yang selari dengan matlamat KPM. Antara matlamat utama KPM ialah;
  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Pengarah juga mengingatkan Guru Besar agar sentiasa mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang (X-Plus).
x - cemerlang
p - pengetahuan
l - latihan
u -usaha
s - sepasukan

Konsep cemerlang ialah "beyond to". Beliau juga mengingatkan agar  jangan terperangkap dengan "profesional trap" dengan terlalu percaya kepada pembantu kita atau mengambil mudah perkara-perkara penting yang sewajarnya diurus dengan profesional. Kata beliau kita boleh "delegate tugas kita tapi kita tidak boleh delegate kebertanggungjawaban kita". Pengurus sekolah juga perlu sentiasa melalui latihan bagi memantapkan pengurusan di samping melakukan pelbagai usaha-usaha yang strategik. Mereka juga mesti sentiasa mengamalkan secara berpasukan.

Pengarah juga menyeru agar pengurus sekolah perlu melaksanakan inovasi (memperkayakan mental protin). Inovasi bermula dengan Analitikal  dan Kritikal Thinking. Selepas itu akan wujud Konstruktif Thinking dan akhirnya wujud Kreatif Thinking. Selain itu sebagai ketua, Guru Besar perlu mampu membuat Gap Analisis berasaskan Jurang Keberhasilan - Apa yang kita rancang dengan apa yang kita capai. Kedua apa yang sepatut kita buat dengan apa yang kita buat. Sebagai pemimpin juga Guru Besar mesti mengetahui elemen kepimpinan
  • Asas kepimpinan
  • Komponen kepimpinan (20% ilmu dan kemahiran, 20% kuasa mengarah , 60% pengaruh peribadi)
  • Fokus kepimpinan (70% kekuatan yang ada pada diri sendiri, 25% kepada perkara baru, 5% kepada kelemahan diri kita)
  • Peranan Kita (getting  the resutlt, bangunkan ahli organisasi dan bina pasukan kerja)
  • Resepi Kepimpinan ( Work with them, inspire dan never give up)
Berikut adalah tindakan yang perlu dibuat:
  • tahu tugas sendiri
  • menyelesaikan isu dalam organisasi sebelum orang arah kita (reaktif)
  • proaktif ( berlaku inovasi dan nilai tambah)
  • jangan mudah marah (adhoc)

No comments:

Post a Comment