Saturday, October 1, 2011

Kudap SK Seberang Takir

KUALA TERENGGANU – SK Seberang Takir,Kuala Terengganu telah mengadakan Kursus Dalam Perkhidmatan kepada warganya hari ini. KUDAP ini bukan sahaja program bagi mencukupkan jumlah kursus para guru dan kakitangan bagi memenuhi syarat perkhidmatan tujuh hari setahun tetapi juga usaha menyampaikan input terkini agenda pendidikan serta usaha-usaha mempertingkatkan pengetahuan,kemahiran serta motivasi diri bagi menjadi guru yang lebih cemerlang . Guru yang cemerlang adalah akar kepada keterbilangan pendidikan di sekolah.

Saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dan diskusi berkaitan “Guru Cemerlang Mengakari Sekolah Terbilang”. Ukuran keterbilangan pendidikan di sekolah telah berubah. Standardnya juga telah berubah. Menang beberapa anugerah atau mendapat keputusan semua A yang tinggi juga bukanlah ukuran mutlak untuk mengatakan ianya sudah mencapai tahap terbilang. Justru program SIP (School Improvement Programme) diperkenalkan KPM dan makenisma “band” sekolah  merupakan indikator penting sebagai kayu ukur tahap keterbilangan sesebuah sekolah.

Band Sekolah hiraki klasifikasi sekolah ini berasakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) sebanyak 30% dan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 70%. Kedua-dua aspek ini mengukur semua aspek persekolahan sama ada dari segi kepimpinan,pencapaian prestasi semua bidang dan juga outcome pendidikan yakni  “kemenjadian murid”. Justru bila kita membicarakan “Pendidikan Terbilang Di Sekolah “ ianya mesti dilihat dalam konteks peranan,dedikasi dan inisiatif ;-

  • ·         Kepimpinan sekolah yang mesti cemerlang
  • ·         Guru mata pelajaran yang mesti cemerlang
  • ·         Keupayaan menggunakan ruang,peluang serta sumber sokongan pendidikan  dengan cemerlang
Pada pandangan saya satu kata kunci yang sangat besar bagi mencapai keterbilangan ini ialah keupayaan membangkit dan meransang “kesedaran dan kehendak”. Dalam konteks pengurusan sekolah bagaimana mereka mampu dan berupaya membangun “kesedaran dan kehendak” ahli oraganisi bekerja dan berusaha secara kendiri. Guru pula memainkan peranan untuk merangsang “kesedaran dan kehendak”murid untuk belajar dengan kesedaran kendiri atau “intrinsit motivation”. Begitu juga peranan besar ibubapa atau penjaga ialah bagaimana merangsang,membina dan menyokong agar terbangun “kesedaran dan kehendak” anak-anak untuk belajar tanpa paksaaan tetapi atas kemahuan meluap diri mereka sendiri.

Jika semua bergerak atas misi dan visi yang jelas dan sama biarpun mungkin berbeza strategi pasti kita akan menyaksikan perubahan ke arah lebih baik dari masa ke semasa selari dengan filasofi kecemerlangan dan keterbilangan yang ditutut oleh agama “bahawa manusia yang cemerlang itu apa yang diusaha dan dicapai hari ini /bulan ini / tahun ini lebih baik dari semalam/bulan lalu/tahun lalu”

Saya sangat yakin SK Seberang Takir akan mampu menjadi sekolah terbilang sama ada Sekolah Kluster Kecemerlangan atau Sekolah Berprestasi Tinggi suatu hari nanti jika misi dan visi dapat dirancang dan dilaksanakan dengan penuh “kesedaran dan kehendak” oleh semua warga  kerana “Sekolah yang terbilang dan luarbiasa pencapaiannya adalah sekolah-sekolah biasa tetapi diurus dan dibangun oleh Pimpinan Sekolah dan Guru-Guru yang mempunyai iltizam,,semangat,keinginan dan usaha-usaha luarbiasa (beyond to) “.


No comments:

Post a Comment