Thursday, October 20, 2011

Penyampaian Surat Penempatan Guru Baru

KUALA TERENGGANU - Seramai 21 orang guru baru lulusan KPLI Ambilan 2010 Sekolah Rendah telah ditempatkan di Terengganu. Seramai 20 dari mereka telah melapor diri dan menerima surat penempatan daripada En. Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu hari ini.

Majlis penyerahan surat penempatan tersebut turut dihadiri oleh pegawai dari Unit Sekolah Rendah dan semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD . Sebelum itu taklimat Pengurusan Orientasi Pembangunan Guru Baru dan Motivasi telah disampaikan oleh En. Kamal Abdullah, Penolong Pengarah Guru SR dan En. Mat Lazim Noor, Penyelia Kanan, Unit Sekolah Rendah.

En. Hashim Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri dalam ucapannya sebelum itu berharap guru-guru yang ditempatkan hari ini sebenar-benar berminat menjadi guru dan mana-mana yang kurang minat berharap mengubah pandangan terhadap kerjaya guru setelah menerima latihan. Beliau juga mengingatkan guru baru agar menghayati filosofi "guru" itu sendiri sebagai g=guna u=untuk r=rakyat u=umum yakni sebagai agen pembina tamaddun bangsa dan perubahan masyarakat. Sehubungan itu guru mesti bersedia menghadapi cabaran perubahan yang berlaku dengan menguasai dan memiliki kompetensi ilmu, kemahiran dan nilai pegangan yang positif.

Beliau juga berpesan agar sentiasa berusaha menjadi guru yang disayangi murid. Mereka harus boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan berusaha gigih menempatkan diri agar menjadi guru yang berkesan berasaskan kompetensi yang disebut tadi. Selain dari itu, beliau berharap para guru sentiasa berusaha menggunakan peluang dalam peningkatan kerjaya dan pengetahuan dengan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi menguasai dan memiliki perubahan-perubahan pada masa depan.

Selamat Bertugas kepada guru baru dan "sesungguhnya tidak ada sekolah yang tidak sesuai untuk guru "


0 ulasan:

Post a Comment