Tarikh : 21 Mac 2012 ( RABU)
Masa : 2.15 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Alamanda, JPN Terengganu
Semua Guru Besar sekolah yang dicalonkan serta semua Guru Besar SKK, Guru Besar SBT selaku pembimbing termasuk Pegawai di JPN dan PPD. Surat akan dimaklumkan kemudian. Fokus sekolah yang dicalonkan ialah untuk memperkemas dan memurnikan ialah:
- Borang Pencalonan / folio pencalonan/ slaid pencalonan
- Bilik taklimat dan dokumen/laporan/fail yang menyokong pencalonan
Berdasarkan dapatan hasil pembentangan SKK oleh Ketua Sektor beberapa perkara atau elemen perlu diperbaiki atau dimurnikan;
- Pilihan bidang kebitaraan kurikulum ialah hanya subjek UPSR sahaja seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris atau Matematik
- Slaid yang disediakan ikut flow panduan di sini yang fokus kepada BIDANG KEBITARAAN dan gambar yang ditunjukkan kesempurnaan:
- jangan tunjuk gambar bangunan sekolah tapi fokus bilik-bilik khas
- jangan tunjuk gambar "salah guna" atau "salah fungsi" atau garaj basikal tapi basikal berterabur
- selepas analisa UPSR fokus slaid lain analisa tentang subjek kebitaraan yang dipilih secara khusus
- fokus aktiviti sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum berkaitan bidang kebitaraan
- anugerah yang difokus dan utama adalah dalam bidang kebitaraan yang tiada kaitan dengan bidang kebitaraan letak kemudiaan
- jalinan dan jaringan juga berkaitan untuk tujuan bidang kebitaraan
- sumbangan juga perlu dikaitkan dengan bidang kebitaraan
- Inovasi yang perlu difokus juga berkaitan bidang kebitaraan dipilih.
- Semua jenis penyertaan pertandingan di semua peringkat BUKAN inovasi
- Fokus Guru Besar masa pembentangan kaitkan semua elemen yang dibentang dalam slaid dengan BIDANG KEBITARAAN
1. Senarai sekolah terpilih
2. Panduan slaid
3. Panduan persediaan verifikasi
4. Contoh slaid yang agak baik tetapi terlalu panjang.
5. Surat Taklimat 1 dan 2
No comments:
Post a Comment