Thursday, March 29, 2012

Majlis Menerima Pengarah Pelajaran Negeri..

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu hari ini menerima rasmi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu yang baru En. Zakaria bin Hussin. Majlis menerima berkenaan di ketuai oleh En. Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pelajaran. Semua pegawai kanan dan pegawai JPN Terengganu turut sama menyambut rombongan Pengarah dari IPGM Sultam Mizan, Besut, Terengganu.

Rombongan Pengarah yang diketuai oleh Timbalan Pengarah IPGM Sultan Mizan bersama pensyarah, kakitangan pentadbiran dan Jawatakuasa Majlis Perwakilan Guru Pelatih tiba dengan sebuah bas di Dataran Jabatan lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Sebelum ini mantan Pengarah IPGM Sultan Mizan itu yang dilantik secara rasmi pada 12 Mac 2012 telah hadir menerima tugas dan Majlis Sambutan Pengarah Baru telah diadakan pada 26 Mac 2012 yang lalu.

Mulai hari ini dan seterusnya En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu akan mula bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Tahniah tuan. Semoga pendidikan Terengganu terus terbilang di bawah pimpinan tuan. Terima kasih Timbalan Pengarah IPGM Sultan Mizan dan anggota rombongan kerana menghantar Pengarah Pelajaran Negeri kita dengan selamat sejahtera bagi meneruskan agenda pendidikan negeri dan negara.

No comments:

Post a Comment