Ahmad Said (tengah) bermesra dengan dua murid yang menerima e-Book bersama
Rosli Mat Hassan (kiri) sambil diperhatikan bapa murid itu di Dungun, semalam.
Ia merupakan siri penyerahan kepada semua murid tahun empat di seluruh negeri pada tahun ini dalam usaha kerajaan memperluaskan penggunaannya, selepas murid tahun lima dan enam menerima komputer tersebut.
Selain kandungan buku teks, e-Book antara lain turut dimuatkan dengan bacaan al-Quran, panduan solat dan doa yang menyajikan suasana pembelajaran lebih menarik serta meningkatkan penguasaan teknologi maklumat.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang menyempurnakan majlis penyerahan itu berkata, ia diperluaskan bagi membuat lonjakan hebat terhadap penguasaan teknologi maklumat dan peningkatan kecemerlangan pelajar.
''Ia bagi mengubah landskap pendidikan negeri Terengganu dalam usaha menjadikannya sebagai Negeri Anjung Ilmu," katanya pada majlis itu yang berlangsung di Dewan Arena Square, dekat sini hari ini.
Turut hadir, Pegawai Pembangunan DUN Sura, Datuk Rosli Mat Hassan dan Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Hashim Mohd. Zain.
Penerima e-Book itu terdiri daripada 85 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dungun, SK Pusat Dungun (114), SK Bandar Dungun (71), SK Sultan Omar (155) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa (31).
Sumber : Utusan Malaysia Online
No comments:
Post a Comment