Saturday, March 17, 2012

Jangan Semakin Canggih Kita Semakin Ketinggalan

Semalam saya terbaca komen seorang pengunjung blog ini yang berbunyi "ini satu hal lg. Aku prnh tegur kdg2 JPNT agak lmbt info dr geng di luar JPNT. Apasal ini boleh berlaku. Info di web KPM dah berminggu diupload....tp surah ke sekolah dr JPNT sepatah haram tak dok.Kang kita buat di kata memandai2 atau lbh sudu dari kuah pulak ". Saya merasa bangga dan teruja kerana bagusnya kesedaran para guru untuk mencari dan mendahului kerjabuat dalam zaman serba moden dan pantas ini. Bagusnya kalau semua guru mempunyai kemahiran dan keghairahan sedemikian walaupun kadangnya menggunakan broadband sendirian berhad untuk akses internet.

Namun pagi ini , saya ada menerima satu panggilan telefon bertanyakan info urusan kenaikan pangkat PPLD yang sambung belajar ke DG41. Walhal tarikh tamat penghantaran dokumen 11 Mac 2012 lagi. Perkara itu kami iklankan di blog dan Facebook USR ini pada 26 Februari 2012 lagi. KLIK untuk membaca posting tersebut. Saya bertanya sekolah mana guru ini berada dan layari web sekolahnya yang kami pautkan dengan blog ini. Wow web sekolahnya bukan main, canggih macam web PPD dengan memakai server .net. Tapi rupanya hempeh kerana lapuk dan patut buang kat sungai sahaja kerana posting terakhir tahun 2010. Tahun 2011 dan 2012 tiada apa. Apalagi link pautanya tiada langsung tentang Blog USR ini. Macam mana mereka mahu dapat berita dan maklumat kalau web JPN dan Blog USR tak ada kat web mereka yang dah basi dan lapuk.

Tidak dapat dinafikan ada beberapa blog seperti blog ini, dan ini merangkaikan pautan canggih dengan Blog USR agar segala berita dan maklumat dapat dikongsi dengan pantas. Tetapi mejoriti web atau blog tidak update dan tiada rangkaian atau pautan dengan web penting seperti KPM,JPN,PPD dan USR.

Kami berterima kasih kepada PPD Kuala Terengganu yang meletakkan link Blog USR dan antara laluan traffic tertinggi ke Blog USR dari web PPD Kuala Terengganu. Kami juga ingin merakamkan setinggi terima kasih kepada semua PPD yang meletakkan link Blog USR ini seperti PPD Setiu, Kita berharap semua Guru Besar, GPK dan semua guru SR dapat manafaatkan hasil terbitan dari Blog USR. Alasan "saya tidak tahu" dan "saya tiada maklumat" tidak boleh dipakai lagi dalam zaman ICT serba canggih ini.

Blog USR ini adalah antara top rank dalam search google. Tulis sahaja keyword "unit rendah" pasti blog ini berada pada ranking pertama. Oleh itu jangan, dalam suasana serba canggih kita ketinggalan. Letakkan link pautan Blog USR ke web atau blog anda dan jika anda ingin agar blog atau web sekolah anda dirangkaikan dengan blog ini sila email alamat blog atau web sekolah anda (hanya untuk SR Terengganu sahaja) ke unitrendahspsjpnt@gmail.com


5 ulasan:

AHMAD YUSRI JUSOH said...

Syabas!....ulasan yang bagus untuk kesedaran semua.

Sk Kemasek said...

Ulasan yg bagus...hehe...kdg2 web sekolah yg canggih & berbayar mahal2 tp isi lgsung x update...lebih baik guna yg percuma spt blog tp sentiasa update maklumat...tahniah USR

Cheng SK said...

Blog USR is in my favourite list (Bookmark)!

Cheng SK said...
This comment has been removed by the author.
USR BLOGGER TEAM said...

TQVM semua blog dan blogger free of charge bersemangat kerana support daripada anda semua.

Post a Comment