Saturday, March 10, 2012

Kejohanan Bowling Tertutup Sektor Pengurusan Sekolah Siri 1

KUALA TERENGGANU - Hari Rabu malam Khamis yang lepas, Sektor Pengurusan Sekolah telah mengadakan Kejohanan Bowling Sektor Pengurusan Sekolah di Pusat Bowling Astaka, Kuala Terengganu.
Kejohanan berkenaan telah dirasmikan oleh En. Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah.

Kejohanan ini merupakan aktiviti baru yang dimasukkan dalam kalendar aktiviti Sektor Pengurusan Sekolah selain Bola Tampar dan pelbagai lagi. Tujuannya bukan sahaja sebagai medium untuk mengeratkan silaturrahim warga Sektor Pengurusan Sekolah tetapi juga reakrasi bagi menghilangkan tekanan atau stress kerja.

Kejohanan Bowling Tertutup SPS Siri 1 ini disertai oleh semua unit di bawah Sektor Pengurusan Sekolah sama ada satu pasukan atau lebih. Bagi mereka yang biasa menggolek bola bowling tentunya agak mahir dan mudah tetapi bagi belum pernah kerap benar bola tergolek ke dalam longkang bukannya atas trek. Ramai juga bakat-bakat besar yang berjaya melakukan strike berulang-kali. Apapun stigma yang mengatakan bowling ini satu permainan untuk elit dan sebagainya berjaya diruntuhkan. Bowling untuk semua.

Tahniah kepada trio Prasekolah yang menjadi juara kumpulan yang terdiri dari En. Zakaria Muda, En. Zaki Tenreha dan Cik Nurul Hanira. Semoga berjumpa lagi di Kejohanan Bowling SPS Siri 2. Ada sekarang orang tengah berlatih bowling dengan menggolek buah kelapa dengan jatuhan botol kicap.

No comments:

Post a Comment