KUALA TERENGGANU - Urusetia Pencalonan SKK SR Tahun 2012 , Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu petang ini telah mengadakan taklimat khas berkenaan Program Bimbingan Pencalonan SKK SR Siri 2. Taklimat ini diadakan di Bilik Mesyuarat Alamanda, JPN Terengganu. Ketua Sektor Sekolah , Ketua Unit Sekolah Rendah, Timbalan-timbalan PPD, Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah serta Pegawai Pembangunan PPD , semua Guru Besar Calon SKK, Guru Besar SBT dan SKK ( Pembimbing) telah hadir.
Program Bimbingan Pencalonan SKK SR Siri 2 diadakan sebagai kesinambungan Program Bimbingan Siri 1 bertujuan membantu calon-calon SKK membuat persiapan dan persediaan penilaian akhir oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti yang dijangka dilaksanakan pada awal Mei depan. Taklimat hari ini bukan sahaja memberi kerangka panduan penilaian dan persediaan tetapi juga post mortem olek Ketua Sektor Pengurusan Sekolah mengenai penambahbaikan persediaan sekolah ekoran penilaian pembentang di KPM pada minggu lepas.
Sementara itu hasil dari maklum balas Program Bimbingan Siri 1, maka Program Bimbingan Siri 2 menggunakan pendekatan bersepadu di mana pasukan pembimbing terdiri dari pegawai jabatan, pegawai ppd dan Guru Besar SKK/SBT. Kita berharap melalui pasukan pembimbing yang mantap, kesediaan dan keyakinan warga sekolah yang tinggi serta persediaan yang rapi kuantiti SKK negeri Terengganu akan bertambah dan mencapai KPI yang ditetapkan.
Muatturun:
No comments:
Post a Comment