Saturday, March 10, 2012

Penganugerah Anugerah Tawaran Baru Pengurusan Sekolah 2011

KUALA TERENGGANU - Tahniah kepada semua Guru Besar yang bakal menerima Anugerah Tawaran Baru 2011. Khabar keputusan bertiup kencang. Beberapa orang guru besar juga memaklumkan bahawa mereka ada menerima berita gembira ini walaupun dalam keadaan samar-samar.

Pada tahun ini seramai 36 buah sekolah rendah dicalonkan untuk menerima anugerah berkenaan. Keadaan ini berkurangan sedikit berbanding tahun lepas. Daripada 36 buah ini ada yang telah menerima Anugerah Tawaran Baru pada tahun sebelumnya. Difahamkan mereka layak sehingga tiga kali untuk dinilai dan menerima anugerah berkenaan. Sekiranya sekolah yang menerima anugerah pada kali ini agak merosot berbanding tahun sebelumnya apatah lagi jika melibatkan Sekolah SBT atau SKK maka satu kajian dan post-mortem perlu dilakukan. Kajian ini bagi mengenalpasti masalah agar membolehkan kita membuat penambahbaikan supaya lebih ramai pengurus sekolah kita meraih anugerah ini.

Apapun tahniah kita ucapkan kepada yang berjaya dan bakal menerimanya di Kuala Lumpur pada 15 Mac nanti. Kepada guru besar yang bertanyakan lebih lanjut tentang urusan penerimaan anugerah ini sila hubungi pegawai Sektor Jaminan Kualiti, JPN Terengganu selaku desk officer program Anugerah Tawaran Baru ini.

No comments:

Post a Comment