Thursday, March 22, 2012

Pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) telah membuka Pencalonan SBT bagi Tahun 2012 secara online. Semua Sekolah Rendah yang berada di Band 1 DIWAJIBKAN mengisi pencalonan secara online ini melalui Portal Nkra yang boleh dicapai di mula http://nkra.moe.gov.my/ dari sekarang sehingga jam 12 April 2012  . KPM akan memantau sepanjang masa bagi memastikan semua sekolah yang berada di Band 1 mengisinya.

Bagi sekolah-sekolah Band 1 negeri Terengganu yang belum pernah mengisi pencalonan online ini bolehlah mendapat khidmat bantu dari rakan-rakan Guru Besar yang berpengalaman mengisinya iaitu Guru Besar, SK Tengku Mahmud, Besut, Guru Besar, Tengku Mahmud 2, Besut, Guru Besar, SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Guru Besar, SK Seri Berang, Hulu Terengganu, Guru Besar, SK Dusun, Hulu Terengganu, Guru Besar, SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu dan Guru Besar, SK Rantau Petronas, Kemaman.

Urusetia SBT JPN Terengganu akan mengadakan khidmat bimbingan nanti bagaimana menyediakan dokumen-dokumen untuk verifikasi Panel Penilai SBT. Sekolah-sekolah Band 1, negeri Terengganu yang DIWAJIBKAN mengisi pencalonan SBT secara online adalah sebagaimana berikut:
  1. SK Tepus, Dungun, Terengganu
  2. SK Dusun, Hulu Terengganu
  3. SK Kuala Berang, Hulu Terengganu
  4. SK Seri Berang, Hulu Terengganu
  5. SK Tok Randok, Hulu Terengganu
  6. SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu
  7. SK Tapu, Hulu Terengganu
  8. SK Kemat, Hulu Terengganu
  9. SK Langgar, Hulu Terengganu
  10. SK Teris, Hulu Terengganu
  11. SK Bukit Tadok, Hulu Terengganu
  12. SK Kampung Baru,Tok Dor, Besut
  13. SK Tengku Mahmud 2, Besut
  14. SK Amer, Besut
  15. SK Tok Dor, Besut
  16. SK Padang Landak, Besut
  17. SK Bari (Sungai Tong), Setiu
  18. SK  Sungai Las, Setiu
  19. SK Lembah Jaya, Setiu
  20. SK Mangkok, Setiu
  21. SK Kampung Fikri, Sungai Tong, Setiu
  22. SK Maktab Perguruan, Kuala Terengganu
  23. SK Jenang, Marang
  24. SK Rantau Petronas, Kemaman
  25. SK Kampung Chabang, Kemaman
Pihak jabatan memandang serious perkara ini bagi memastikan  perkara tahun sebelumnya tidak berulang. Tindakan tegas akan dikenakan kepada pengurusan sekolah yang mengingkari arahan pencalonan ini. Soal layak atau tidak ke peringkat akhir pencalonan ditentukan oleh Panel KPM. Tugas pihak sekolah mencalonkan sekolah mereka ke SBT secara online. Setiap sekolah Band 1 Terengganu dikehendaki menghantar hardcopy borang pencalonan yang diisi di Portal Nkra ke Urusetia SBT JPN (Unit Sekolah Rendah) pada atau sebelum 20 April 2012.

Bagi mendapat gambaran dan info tambahan tentang SBT anda boleh taip SBT diruangan "search" blog atau layari

No comments:

Post a Comment