Thursday, March 15, 2012

Tahniah, 21 orang Guru Besar Terengganu menerima Anugerah Tawaran Baru 2011

KUALA LUMPUR - Hari ini bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Tawaran Baru 2011  kepada Guru Besar yang berjaya meraih gelaran berkenaan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Seramai 21 orang Guru Besar negeri Terengganu telah berjaya meraih anugerah berkenaan. Sebilangan daripada mereka telah memperolehi anugerah yang sama pada tahun 2010. Tahniah juga kepada guru dan kakitangan sekolah walaupun anugerah itu untuk Guru Besar mereka tetapi mereka juga turut menerima habuan. Tetapi guru dan kakitangan yang bakal menerima hadiah tertinggi ialah SK Sultan Sulaiman 1 kerana mereka juga bukan sahaja mendapat tawaran baru tetapi turut meraih anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi di mana setiap warganya bakal menerima RM700 seorang.

Kita berharap dengan anugerah seperti ini dapat merangsang warga sekolah berusaha gigih untuk menggapai kecemerlangan sekolah masing-masing secara kolektif dan bersepadu.

Senarai Penuh Penerima New Deal 2011. KLIK


2 ulasan:

Anonymous said...

Pening aku surat kata 19, usr kata 20 dan tn tmbln kata 21. ..wat ane se? Sk tapu msk tak?

USR BLOGGER TEAM said...

Klik senarai di atas..itulah yang kami terima dari SJQ.Terima kasih.

Post a Comment