Monday, March 12, 2012

Taklimat Aplikasi Pengkalan Data Murid dan Pendaftaran ke Tahun 1 Secara Atas Talian (Online)

MARANG - Jabatan Pelajaran Negeri melalui Unit Sekolah Rendah dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM mengadakan Taklimat Aplikasi Pengkalan Data Murid dan Pendaftaran ke Tahun 1 Secara Atas Talian (Online) di BTPN Terengganu hari ini. Semua Penyelia Kanan dan Penyelia Pengurusan Murid JPN dan PPD bersama Pembantu Tadbir Pengurusan Murid masing-masing dijemput hadir.

Sesi taklimat dimulakan oleh En. Azlin bin Sanip dari Unit ICT, BPSH, KPM mengenai Aplikasi Pengkalan Data Murid dan Pendaftaran Murid Secara Atas Talian. Kemudiaan oleh En. Wahab Mohamad, Penyelia Kanan Pengurusan Murid, JPN Terengganu mengenai Pendidikan Wajib dan Isu-isu. Taklimat seterusnya berkaitan Taklimat Sistem On Line oleh En. Mohd Halim Ismail, Ketua Unit ICT, Sektor ICT, JPN Terengganu.

Menurut En. Wahab tujuan taklimat bukan sahaja melaksanakan proses kerja pendaftaran online tetapi juga untuk memaklumkan beberapa perubahan dalam pengurusan kemasukan dan penempatan pelajar terutama berkaitan program "Education For All".

En. Azrin berkata pentingnya data murid diurus dengan betul dalam semua perkara kerana ketepatan data akan memberi kesan kepada pembukaan kelas, keperluan guru dan sebagainya. Sekarang banyak keperluan pengisian data online dibangun secara bersendirian yang kadang-kadang dilakukan ulangan yang sama untuk keperluan yang berlainan. Keadaan seperti ini tegas beliau berlaku keciciran dan kehilangan data maka keperluan kepada sumber data murid dari satu sumber sahih memudahkan amat diperlukan. Maka satu pengkalan data murid yang digunapakai untuk semua amat diperlukan. Maka KPM bersiap-sedia melaksanakannya segera . Organisasinya pengurusan data murid ditentukan seperti berikut:
  • KPM : Unit ICT/ Sektor Rendah
  • JPN : Sektor ICT / Sektor Sekolah (Unit Rendah)
  • PPD : Unit ICT / Pengurusan Sekolah
  • Sekolah : GPK HEM / Guru Kelas
Komponen di dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid
Info murid :
  • Nama murid
  • Kelas
  • Alamat
  • Maklumat OKU
Info Bapa/ Penjaga Pertama
  • Nama 
  • Pekerjaan
Info Ibu
  • Nama
  • Pekerjaan
Alamat Web : http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia
Loging Id  : Kod Sekolah
Password  : sekolah

Data-data ini perlu disahkan secara online oleh GPK Hem. Kemudian disemak dan disahkan oleh PPD seterusnya disahkan oleh JPN. Bagaimanapun taklimat berkaitan APDM ini akan disampaikan kepada seluruh pengurusan sekolah dalam negeri nanti.

No comments:

Post a Comment