Tuesday, March 13, 2012

Pendaftaran Murid Tahun 1 Secara Atas Talian (online)

Semalam kami menulis berkaitan Apalikasi Pengurusan Data Murid (APDM) secara atas talian (online) melalui web http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia . Serentak dengan itu juga KPM akan melaksanakan Pendaftaran Murid Tahun 1 secara atas talian (online) melalui capaian web berkenaan melalui menu seperti yang ditunjukkan dalam print screen di bawah.  Web ini boleh diakses dengan Login Id : Kod Sekolah dan Katalaluan : sekolah.


 Pengurusan Pendaftaran Tahun 1 secara atas talian sepertimana berikut:
  • KPM - Sektor Rendah
  • JPN - Sektor Sekolah, Unit Sekolah Rendah
  • PPD - Penyelia Pengurusan Murid / Penyelia Pengurusan Sekolah
  • Sekolah - GPK HEM / Pembantu Tadbir Sekolah
Proses Pendaftaran :
  1. Peringkat Sekolah
    • Pentadbir Sekolah (GPK HEM) mendaftar pengguna
    • Sekolah menerima borang pendaftaran secara manual
    • PT Sekolah Daftar Menggunakan Aplikasi Edaftar Tahun 1 
    • Web bagi menu Edaftar Tahun 1 akan dibuka mulai 20 Mac - 31 Mei 2012
    • GPK Hem membuat pengesahan dan menghantar secara online ke PPD pada Jun 2012
  2. Peringkat PPD
    • Terima pendaftaran
    • Proses penempatan
    • PPD akan memulangkan balik data penempatan kepada sekolah pada bulan Julai
  3. Peringkat Sekolah
    • Terima kelulusan Penempatan bulan Julai
    • Cetak Kelulusan Dan Edar pada ibu bapa pada bulan Julai
    • Menerima pengesahan daripada penjaga mulai 1 hingga 30 Ogos 2012 (tengok prosidur pengesahan di bawah)
    • Rumusan pengesahan penempatan hantar secara online kepada PPD
    • Proses rayuan bermula 1 hingga 30 September 2012 secara online oleh ibubapa/penjaga di sekolah yang telah diluluskan (prosidur rayuan lihat seperti di bawah)
    • Sekolah menghantar data rayuan secara online ke PPD
    • Data keputusan rayuan dihantar ke sekolah yang diluluskan  oleh PPD pada bulan 1 hingga 30 Oktober 2012
    • Sekolah yang diluluskan mengeluarkan surat penempatan kepada penjaga/ibubapa
  4. Peringkat JPN/KPM
    • Memantau secara atas talian
Pengesahan dan Rayuan:
  1. Menerima pengesahan
    • Membuat pengesahan
    • Membuat Tambahan Data
    •  Membuat peringatan 
  2. Rayuan
    • Terima rayuan
    • Menghantar pada PPD
    • Keputusan rayuan
    • Pengesahan rayuan 
Pengurusan Data Pendaftaran
  • Memastikan setiap pendaftaran didaftarkan dalam aplikasi (online)
  • Memastikan pengesahan dibuat
  • Pengemaskinian keperluan data dalam APDM
  • Menyelesaikan pada 15 Disember
  • Proses penempatan ke Tahun 1 mulai 26 Disember
  • Pengemaskinian akhir oleh Guru Kelas Minggu kedua tahun baru persekolahan
  • Pengesahan Data Murid Tahun 1 pada 15 Januari
 Penerangan dan taklimat akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut PPD dijangka pada 25 Mac 2012 dan jadual akan dikeluarkan serta diupload pada web ini.

8 comments:

  1. as'salam..tuan dari semalam sya cuba masok nk laman web tu
    daftar online tak dapat2..

    ReplyDelete
  2. http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia

    ReplyDelete
  3. As salam..kenapa web tak boleh bukak..baru ni saya dh isi borang..belom complete lg..sy nak siap kan tapi x boleh bukak..

    ReplyDelete
  4. As salam..kenapa web tak boleh bukak..baru ni saya dh isi borang..belom complete lg..sy nak siap kan tapi x boleh bukak..

    ReplyDelete
  5. DAH 2 MINGGU SAYA CUBA MASUK..TP X DAPAT.. APA MASALAH WEB NI?
    LPS MASUK IC PENJAGA> TAHUN 1> PERMOHONAN BARU> ISI IC ANAK= REJECT..AUTOMATIK LOGOUT...TOLONGGGGGGG LAAA

    ReplyDelete
    Replies
    1. camner sedara..dah boleh ke?hmm...blogger nak sgt ada blog tp xrespon..bek xpayah jd blogger..maybe bz kot..hosnuz zon je laaaaa...try cntct nombor2 yg ada kat sudut atas kanan kot ley bantu..

      Delete
  6. Apakah webpage ini benar2 aktif? Pendaftaran murid....tahun 1 KLIK pun keluar pun borang nya, yg keluar halaman ini aje. Please lah do something real.....

    ReplyDelete