Saturday, March 31, 2012

RM43.6 bilion pinjaman PTPTN diluluskan sejak ditubuh



TEMERLOH 30 Mac - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meluluskan pinjaman pendidikan berjumlah RM43.6 bilion kepada seramai 1.95 juta peminjam sejak ia mula ditubuhkan sehingga akhir Februari lalu. 

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, peruntukan untuk tahun ini sahaja dijangka mencecah RM5 bilion lagi iaitu membabitkan RM3.37 bilion diberikan kepada peminjam atau penerima sedia ada dan sebanyak RM1.68 bilion lagi kepada peminjam baru.

Katanya, pinjaman itu bagi membolehkan para pelajar membiayai pelajaran masing-masing tanpa menghadapi sebarang masalah dan ia merupakan agenda utama kerajaan dalam memperkasakan pendidikan negara.

‘‘Deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga 29 Februari lalu pula berjumlah RM598.22 juta membabitkan 1.2 juta pemegang akaun tersebut dan jumlah itu tidak termasuk pengeluaran simpanan sebanyak RM38.44 juta.

Sumber : Utusan Malaysia online,31 Mac 2012


Friday, March 30, 2012

Renungan Jumaat: Wanita yang dimurkai Allah

Sebagaimana Allah suka degan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat.

Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 dan mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia dan jin."

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunatnya."

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas dan perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa? Semua harta ini milikku dan engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak. Nabi s.a.w. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya dan terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan dan tekanan. Begitu juga air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh ummat baginda.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya  sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Di antara sifat buruk mereka:

1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.

2. Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah.

Na'uzubillahi min zalik.

~ dipetik dari blog islam~


Thursday, March 29, 2012

Pembatalan Urusan "Naik Pangkat" ke DG41 bagi PPLD yang mendapat ijazah semasa berkhidmat

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada 22 Mac 2012 secara rasmi telah mengeluarkan surat pembatalan berkaitan urusan berkenaan. Keteraangan lanjut dan kandungan penuh surat berkenaan KLIK.

Kepada 15,000 guru terlibat harap bersabar semoga ada sinar di hadapan dan kepada yang sedang sambung belajar secara PJJ jangan tumpul semangat kerana isu ini. Kita yakin KPM dan kerajaan ada penyelesaiannya.

Majlis Menerima Pengarah Pelajaran Negeri..

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu hari ini menerima rasmi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu yang baru En. Zakaria bin Hussin. Majlis menerima berkenaan di ketuai oleh En. Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pelajaran. Semua pegawai kanan dan pegawai JPN Terengganu turut sama menyambut rombongan Pengarah dari IPGM Sultam Mizan, Besut, Terengganu.

Rombongan Pengarah yang diketuai oleh Timbalan Pengarah IPGM Sultan Mizan bersama pensyarah, kakitangan pentadbiran dan Jawatakuasa Majlis Perwakilan Guru Pelatih tiba dengan sebuah bas di Dataran Jabatan lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Sebelum ini mantan Pengarah IPGM Sultan Mizan itu yang dilantik secara rasmi pada 12 Mac 2012 telah hadir menerima tugas dan Majlis Sambutan Pengarah Baru telah diadakan pada 26 Mac 2012 yang lalu.

Mulai hari ini dan seterusnya En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu akan mula bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Tahniah tuan. Semoga pendidikan Terengganu terus terbilang di bawah pimpinan tuan. Terima kasih Timbalan Pengarah IPGM Sultan Mizan dan anggota rombongan kerana menghantar Pengarah Pelajaran Negeri kita dengan selamat sejahtera bagi meneruskan agenda pendidikan negeri dan negara.

Tuesday, March 27, 2012

Pertukaran dan Penempatan Guru Besar dan GPK kuatkuasa 1 April 2012

KUALA TERENGGANU - Tahniah kepada Guru Besar dan GPK yang bertukar atau dinaikkan pangkat kuatkuasa 1 April. Mana-mana sekolah yang belum dapat diisi jawatan Guru Besar, GPK1 boleh terus menjalankan tugas pengurus sekolah. Proses permohonan kenaikkan pangkat DGA32 ke DGA34 untuk mengisi jawatan Guru Besar dan Pegawai DGA34 di PPD/JPN sedang dibuka sekarang. Kepada mana-mana GPK yang dinaikkan pangkat sama ada secara Time Base atau hakiki pada 31 Disember 2007 dan sebelumnya boleh memohon sekarang.

Kita berharap dengan pertukaran atau kenaikan pangkat Guru Besar atau GPK sekolah-sekolah yang menerima kehadiran mereka akan lebih terbilang lagi pada tahun ini. Surat-surat pertukaran dan tawaran boleh diperolehi melalui PPD masing-masing.

Senarai Guru Besar dan GPK terlibat.

PERHATIAN : Urusan Pemangkuan PPLD Gred DGA32 ke DGA34 Tahun 2012

Sukacita dimaklumkan, bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan pemangkuan bagi PPPLD gred DGA32 ke gred DGA34 (Bidang Umum, Cina dan Tamil) bagi mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat gred DGA34 seperti Guru Besar, Pegawai di JPN / PPD dan jawatan-jawatan lain di Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2012.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan borang-borang berkaitan urusan berkenaan untuk tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

1.  Adalah diingatkan, pihak tuan/puan dilarang mengubah suai semua borang tersebut.


2.  Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah dirujuk kepada pegawai yang berkenaan di nombor talian seperti berikut :-


·         En. Mohd Saidi bin Abu Bakar     : 09-6213246
·         Pn. Suzana bt Ibrahim                  : 09-6213149

3.  Borang permohonan yang tidak lengkap atau lewat di terima daripada tarikh tutup tersebut (pada atau sebelum 12 April 2012) tidak akan dipertimbangkan.

Monday, March 26, 2012

Majlis Sambutan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU - " Kita sebagai penjawat awam sama ada berada di Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran ataupun sekolah adalah pelaksana segala dasar pendidikan serta dasar-dasar goverment on the day. Kita mesti memahami segala dasar itu sedalamnya dan sebagai golongan teristimewa dalam dunia pendidikan kita mesti memberi pendidikan yang terbaik kepada generasi kita kerana pendidikanlah yang  mencorak kehidupan kita hari ini dan kehidupan generasi pada masa hadapan", demikianlah antara intipati ucapan Yang Berbahagia, En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sempena Majlis Sambutan Pengarah dan Perhimpunan Bulan Kali Ke 3, JPN Terengganu di Dataran Perhimpunan Jabatan pada pagi ini.

Sambutan diketuai Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri bersama-bersama pegawai kanan dan warga Jabatan Pelajaran Negeri dengan menyambut ketibaan pengarah dan bacaan selawat. Selepas itu Timbalan Pengarah, En. Hashim Mohd Zin menyampaikan sejambak bunga kepada Pengarah Pelajaran Negeri yang baru. Suasana sambutan dimeriahkan lagi dengan bacaan biodata pengarah oleh Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Khas dan Swasta.

Pengarah Pelajaran Negeri melahirkan rasa terharu terhadap sambutan serta doa restu rakan-rakan selama ini. Beliau melahirkan kesyukuran di atas kerjasama dan komitmen semua pegawai dan juga kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato' Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu terhadap pembangunan pendidikan negeri. Beliau menegaskan pendidikan Terengganu sangat bertuah kerana mempunyai barisan pimpinan peringkat negeri dan pusat yang sangat perihatin dan kominted kepada pendidikan.

Selepas itu Pengarah Pelajaran Negeri telah menerima serah tugas daripada Timbalan Pengarah Pelajaran yang memangku tugas-tugas pengarah sebelum ini dan diikuti dengan sidang akhbar. Selepas itu Pengarah telah melawat setiap Sektor dan Unit untuk melihat secara dekat anggota warga JPN Terengganu.

Biodata Ringkas Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang baru.

En. Zakaria bin Hussin telah dilahirkan pada 25 April 1955 di Kampung Dusun Nyior, Chukai Kemaman, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK Chukai, Kemaman dan meneruskan pendidikan menengah di SMK Khir Johari, Sungai Petani sebelum ke universiti. Setelah menamatkan pengajian dengan memperolehi Sarjana Muda Sains 1979 dan seterusnya  Diploma Pendidikan (Matematik) dari UKM pada tahun 1980 beliau memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan sebagai guru siswazah di SMK Sungai Lembing, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Beliau kemudiannya diberi kepercayaan menjawat jawatan Guru Penolong Kanan 1 pada 1 Ogos 1990 hingga 31 November 1995 di sekolah yang sama sebelum bertukar ke SMK Chukai, Kemaman. Sebelum dilantik sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Kemaman (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) pada 2 Januari 1999 beliau pernah menjadi Ketua Bidang Sains dan Matematik serta Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid di SMK Ayer Puteh, Kemaman.

Pada 16 Ogos 2003, beliau telah dilantik sebagai Pengetua SM Teknik Kemaman dan pada 1 Julai 2007 telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman banyak kejayaan dicipta antaranya peningkatan keputusan peperiksaan awam serta pernah meraih keputusan daerah terbaik negeri dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM selain kejayaan dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Kerjaya beliau yang cemerlang telah menyakinkan Kementerian Pelajaran Malaysia melantik beliau sebagai Pengarah IPGM Kampus Sultan Mizan, Besut pada 8 Julai 2011 dan pada 12 Mac 2012 secara rasmi beliau diberi kepercayaan memimpin Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang ke 43.

Selain mengikuti berpuluh kursus-kursus professional beliau juga seorang yang aktif dalam beberapa pertubuhan sukan dan kemasyarakatan. Anataranya pernah menjadi Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Kemaman, AJK Persatuan Bulan Sabit Daerah Kemaman dan pernah menjadi AJK Lembaga Amanah Ketengah dan berbagai lagi. Beliau meminati sukan boling dan gemar berjoging.

Di atas jasa-jasa dan sumbangan cemerlang beliau pada tahun 2002 beliau dianugerahi dengan Pingat Jasa Kebaktian dan menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (1995,2003,2010). 

Kita amat yakin dengan pegalaman beliau yang luas dan kemahiran beliau yang tinggi, pendidikan Terengganu akan terus gemilang dan terbilang. Tahniah tuan. Warga pendidikan Terengganu sentiasa bersama-sama tuan.


Sunday, March 25, 2012

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) 2012

Istimewa kepada lepasan SPM 2011 yang berminat dan berkecenderungan menjadikan bidang perguruan sebagai kerjaya. Iklan dibuka sekarang. KLIK bagi mengetahui syarat dan cara permohonan. Jangan lepaskan peluang istimewa.


HUTeC cetus kecemerlangan

Haji Shafruddin Ali Husin
PPD Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU 23 Mac - Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) menggerakkan usaha terancang melalui Projek Hulu Terengganu Cemerlang 2012 (HUTeC-2012) bagi memperkasakan pendidikan daerah pedalaman ini seiring dengan perkembangan arus perdana.

Penyelaras projek, Mohd. Yuseri Che Din memberitahu, HUTeC yang melibatkan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak bakal dilancarkan Ahad ini dan menyasarkan kecemerlangan kokurikulum dan sahsiah diri merangkumi semua aspek jasmani dan rohani.

"HUTeC-2012 merupakan lontaran idea Pegawai Pelajaran Daerah, Shafruddin Ali Husin yang cuba menggerakkan arus perubahan dengan lebih berkesan ke arah mencetuskan tradisi kecemerlangan dalam pendidikan di daerah ini," katanya di sini hari ini.

Katanya, projek itu turut berlandaskan 26 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) merangkumi pembentukan sahsiah para guru dan pelajar, kecemerlangan dalam bidang koakademik, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melalui Bai'ah sekolah menengah dan rendah di samping program Literasi dan Numerasi (LINUS).

Selain itu katanya, ia juga melibatkan penggunaan ICT secara menyeluruh, penghayatan dalam bidang keagamaan, penyelenggaraan projek pembangunan secara pintar dan peningkatan profesionalisme warga pendidik.

"Harapan itu tidak mustahil dicapai sekiranya mendapat sokongan seluruh warga pendidik dan pelajar bersama penyertaan menyeluruh pihak lain termasuk ibu bapa, agensi kerajaan dan swasta, institusi pendidikan, wakil rakyat, pemimpin masyarakat dan orang perseorangan," ujarnya.

Katanya, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd. Nor Othman akan menyempurnakan pelancaran projek selain turut memberikan peruntukan khas bagi menguruskan HUTeC-2012 dengan harapan ia menjadi nadi kebangkitan Hulu Terengganu dalam pelbagai bidang.

Projek ini turut mendapat sokongan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) yang menaja 10,000 naskah akhbar Utusan Malaysia selama setahun kepada sekolah menengah terpilih di daerah ini bagi memanfaatkan sisipan Akhbar Dalam Pendidikan (ADaP).

Sumber : Utusan Malaysia Online,24 Mac 2012


Friday, March 23, 2012

SPA hantar surat tawaran kepada 7,000 pemohon berjaya

 PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah menghantar surat tawaran secara berperingkat kepada 7,000 pemohon jawatan sektor awam yang berjaya dalam temu duga bagi gred 17 hingga 41, selepas pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 8 Mac lalu.

Pelantikan kepada pemohon yang berjaya dalam temu duga bagi gred 17 hingga 41 sebelum ini ditangguhkan kerana kontroversi skim berkenaan.

Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo, berkata penyelesaian itu dilakukan sebaik saja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembatalan SBPA.

Katanya, sebelum ini SPA terpaksa menangguhkan pelantikan itu selepas kerajaan mengkaji semula SBPA dan mengarahkan pasukan petugas kajian semula itu mengemukakan laporan dalam tempoh tiga bulan iaitu sehingga April.

“Selepas kerajaan membatalkan SBPA pada 8 Mac lalu, kita mengeluarkan surat tawaran pelantikan kepada pegawai berkenaan secara berperingkat bagi membolehkan mereka melapor diri kepada jabatan masing-masing.

“Pada masa sama, SPA juga sedia menerima dan memproses permohonan baru daripada orang ramai bagi mengisi kekosongan jawatan di jabatan dan agensi kerajaan terbabit,” katanya selepas memperkenalkan barisan pemain Pasukan SPA FC yang akan menentang Kelantan dalam suku akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Beliau yang juga Presiden SPA FC berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pembatalan SBPA dan digantikan dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan menjejaskan proses pelantikan baru penjawat awam di pelbagai agensi dan jabatan kerajaan ketika ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden SPA FC merangkap Timbalan Setiausaha SPA, Datuk Ramli Juhari dan Ketua Jurulatih SPA FC, Nidzam Jamil.

Semua permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan di jabatan dan agensi kerajaan dibuat secara dalam talian menggunakan borang pendaftaran pekerjaan di sektor awam menerusi laman web rasmi SPA : http://www.spa.gov.my/.

Bagaimanapun, selepas kerajaan memperkenalkan SBPA, pelantikan baru ke sektor awam ditangguhkan sementara.

- BERITA HARIAN

PS : Bila pula SPP hendak hantar atau keluarkan surat  tawaran pelantikan kepada guru-guru PPLD yang dah lulus temuduga SPP  ke DG41 kerana mengikut sumber tertentu permohonan "naik pangkat" ke DG1-1 dibatalkan???


Mesyuarat Sektor Pengurusan Sekolah Kali 1/2012

KUANTAN - Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu mengadakan mesyuarat sektor pada 22 - 24 Mac 2012 di Duta Village, Kuantan, Pahang. Semua pegawai dan kakitangan empat unit dari Sektor Pengurusan Sekolah hadir mesyuarat penting ini. Selain dari Ketua Sektor Sekolah, Ketua Penolong Pengarah dan semua Ketua Unit turut sama hadir.

Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh En. Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan majlis penutupan mesyuarat dijangka disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Sementara itu  Sektor Pengurusan Sekolah akan kehilangan tiga orang anggota yang akan bertukar ke sekolah mulai 1 April. Mereka ialah:
  1. En. Zakaria bin Omar - Penyelia Kanan Unit Perhubungan dan Pendaftaran
  2. Pn. Nursinani bt. Draman - PT Unit Sekolah Rendah
  3. Pn. Norbayar bt. Yahya - PT Unit Sekolah Rendah

Renungan Jumaat : Aku tidak mahu menjadi beban


Ketika Nabi Muhammad mengimankan solat pada suatu hari, beliau kelihatan seperti sukar melakukan pergerakan. Ini menimbulkan tanda tanya dan kerisauan di kalangan sahabat yang menjadi makmum. Mereka tidak dapat solat dengan khusyuk dan merasa terganggu. Setiap kali Nabi bergerak, kedengaran bunyi mengerutup seperti sendi-sendinya bergesel antara satu sama lain.

Umar yang risau melihat keadaan itu terus bertanya setelah mereka selesai solat. “Wahai Muhammad, kami perhatikan seolah-olah tuan sedang menanggung penderitaan yang amat berat sekali. Tuan sakitkah?”

“Tidak, Umar” jawab Nabi. “Alhamdulillah, aku sihat dan segar.” Namun Umar tidak berpuas hati dengan jawapan itu.

“Kalau sihat, mengapa setiap kali tuan menggerakkan badan, kami dengar seolah-olah sendi tuan bergesel. Kami yakin bahawa tuan sedang sakit.”

Tetapi Nabi Muhammad tetap mengatakan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Namun setelah didesak berkali-kali, akhirnya Nabi Muhammad mengangkat jubahnya. Para sahabat terkejut kerana perutnya begitu kempis dan di liliti sehelai kain berisi batu kerikil bagi menahan rasa lapar. Batu-batu itulah yang mengeluarkan bunyi setiap kali Nabi Muhammad menggerakkan tubuhnya.

“Wahi Muhammad, adakah apabila tuan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak dapat menyediakannya?” Umar bertanya lagi dengan suara penuh belas kasihan kerana khuatir mereka tidak dapat menyempurnakan permintaan Nabi.

“Tidak sahabatku” jawab Nabi Muhammad.

“Aku tau kamu sanggup lakukan apa saja untukku. Tetapi apakah yang akan ku jawab di hadapan Allah nanti apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umatNya?”

Kemudian Nabi menyambung, “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah daripada Allah buatku agar umatku tiada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.”