Saya kira banyak lagi sekolah rendah dan menengah dalam negeri Terengganu yang hebat dan berpotensi tetapi diam sembunyi menyepi menyorok kehebatan mereka umpama sang harimau menyembunyikan kukunya. Ataupun membiarkan kekuatan dan peluang yang ada tanpa diurus dengan baik dan teratur.
Saya percaya tidak ada pengurus sekolah dan warga sekolah yang tidak mahukan pengiktirafan. Lumrah kemenjadian manusia dan fitrah kejiwaannya sentiasa ingin dihargai dan diberi pengiktirafan. Kadang-kadang cukup dengan ucapan "terima kasih" sebagai pengiktirafan. Namun pengiktirafan mesti diberikan kerana menghargai sesuatu. Sesuatu yang kita buat,yang kita beri yang kita lakukan. Bermakna asas untuk memperolehi pengiktirafan mesti bermula dari diri kita sendiri.
Dalam sistem pendidikan kita pelbagai pengiktirafan yang disediakan dan yang mampu diraih oleh pihak sekolah. Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi,Sekolah Kluster,New Deals (Tawaran Baru) adalah sebahagian pengiktirafan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran bagi sekolah yang mencapai tahap piawaian yang ditentukan. Asas utama penilaian bagi anugerah atau pengiktirafan di atas ialah SKPM dan GPS dan Annex (SBT). Semua ini ada pada sekolah dan di bawah kawalan sekolah. Sayangnya sesetengah perkara asas telahpun sedia ada di sekolah tetapi tidak diurus dengan baik. Antaranya..
- tidak membudayakan pelaporan aktiviti yang telah dilaksanakan
- rekod-rekod penglibatan dan pencapaian tidak diurus dengan baik
- tiada etos sekolah yang khusus dan jelas
- tiada bidang kebitaraan yang dipupuk secara khusus
- tiada inisiatif mengadakan alumnai
Sebagai contoh yang mudah apabila pelawat datang membuat benchmarking di sekolah kita biasanya kita hanya menghulur buku pelawat untuk ditandatangani oleh ketua rombongan sahaja namun dalam penilaian anugerah SBT setiap pelawat akan dikira dan ada markahnya. Maka selepas ini jika ada 40 ahli rombongan melawat sekolah kita maka kesemua mereka perlu menandatangani buku pelawat kerana setiap tandatangan mereka adalah aviden yang memberi markah.
Sesungguhnya bagi mendapat pengiktirafan ini kadang-kadangnya kita tidak perlu membuat perkara-perkara baru yang bukan-bukan tetapi mengurus kekuatan dan peluang yang sedia ada dengan efektif dan berkesan serta memahami aspek penilaian panel supaya dapat disusun atur dengan kemas dan sempurna. Kebijaksanaan inilah yang membezakan kita dengan yang lain untuk beroleh pengiktirafan.
Bagaimana SBT dinilai KLIK
No comments:
Post a Comment