Thursday, July 7, 2011

Standard pedagogi kukuhkan Bahasa Inggeris dilancar

PUTRAJAYA 7 Julai – Satu inisiatif Kementerian Pelajaran iaitu Standard Pedagogi Pengajaran Bahasa Inggeris bagi para guru bahasa Inggeris dilancarkan hari ini, seiring dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Pelancarannya disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya berbangga kerana Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris telah menggubal standard dan instrumen untuk meningkatkan kualiti pendidikan bahasa Inggeris di negara ini.

"Saya difahamkan bahawa bahasa Inggeris adalah subjek pertama yang membangunkan standard, selaras dengan aspirasi dasar dan strategi Kementerian Pelajaran,” kata beliau ketika melancarkan Standard Pedagogi Pengajaran Bahasa Inggeris di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, sebagai Menteri Pelajaran, isu peningkatan standard kualiti pengajaran menjadi fokus beliau dan para guru perlu mengambil tanggungjawab untuk pembangunan kerjaya mereka.

Beliau berkata, guru perlu mengenal pasti kekuatan mereka dan memberi penekanan terhadap aspek pembangunan profesionalisme sebagai guru bahasa Inggeris. – Bernama

0 ulasan:

Post a Comment