Sunday, July 31, 2011

Mesyuarat Memperkasakan Sekolah Band 5,6,7 Kali ke 3

Pagi tadi telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Memperkasakan Sekolah Band 5,6,7 kali yang ketiga. Mesyuarat kali ini ialah membentangkan dapatan maklumat indikator yang dikumpulkan untuk membina pelaporan lengkap.Pelaporan ini akan dikemukan kepada Pengarah Pelajaran negeri untuk dibentang dalam mesyuarat peringkat kementerian awal September depan.

Ketua Unit Sekolah Rendah telah mempengerusikan mesyuarat menggantikan Ketua Sektor Sekolah. Semua guru besar sekolah terlibat dan ahli jawatankuasa telah hadir.

Kita berharap isu,masalah dan resolusi dapat dilaksanakan secara berkesan dalam usaha kita mempertingkatkan kedudukan band bagi sekolah terlibat ke tahap yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment