Monday, July 11, 2011

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Terengganu Bersama Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,KPM

KUALA  TERENGGANU - Perhimpunan bulanan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada siri yang ketujuh hari ini sangat bermakna kerana turut dihadiri sama oleh Yang Berbahagia,Dato' Haji Isa bin Haji Abu,Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,Kementerian Pelajaran Malaysia.

Yang Berbahagia Dato' Haji Isa bin Haji Abu bersama dengan En. Zulkarnai bin Fauzi,Ketua Penolong Pengarah Sektor PraSekolah,Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,KPM dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Terengganu bermula semalam. Mereka berdua dan beberapa orang pegawai kanan jabatan melakukan lawatan ke SK Gong Nangka,Marang,SK Padang Hiliran,Kuala Terengganu,Sekolah Kluster SK Sultan Sulaiman1,Kuala Terengganu dan meninjau program kelas maya di SK Paya Bunga,Kuala Terengganu dalam tempuh lawatan berkenaan.

Semasa berucap di Dataran Anjung Ilmu kepada warga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pagi ini Yang Berbahagia Dato' Haji Isa bin Haji Abu mengingatkan warga JPN akan penting dan bertuahnya kakitangan awam terutama mereka yang berada dalam dunia pendidikan apatah lagi dengan visi besar kerajaan untuk menjadikan pendidikan negara sebagai pendidikan bertaraf dunia dan minda kelas pertama. Beliau percaya melalui kerjakuat hasrat itu mampu dicapai seperti mana  negara Amerika,German,Perancis,Itali dan Jepun pada hari ini. Tegas beliau negara-negara berkenaan dengan pelbagai kehebatan dan kualiti sepertimana Jepun sangat terkenal dengan etika kerja sehingga menjadi rujukan dunia.

" Rashia bagi mencapai kejayaan adalah etika kerja berkualiti" tegas Dato' Haji Isa. Beliau  menggariskan lima prinsip bagaimana menjadi pentadbir dan kakitangan yang baik dan hebat;
  • integrity (jujur dan amanah)
  • transparency (telus)
  • accountability (penanggungjawaban)
  • realibality (kebolehpercayaan)
  • comitment
Beliau juga mengingatkan terutama kepada pegawai yang terlibat dengan pengurusan kewangan agar sentiasa mematuhi prosedur dan tatacara (ligality),penanggungjawaban (accountability) dan kewajaran. Beliau juga mengingatkan semua pegawai agar tidak membuat keputusan dalam beberapa situasi berikut;
  • dalam keadaan marah
  • dalam keadaan kita kecewa
  • dalam keadaan kita terlalu seronok
Menurut beliau situasi-situasi berkenaan menyebabkan keputusan tidak tepat kerana dipengaruhi oleh emosi.

Yang Berbahagia Dato' Haji Isa bin Haji Abu yang bakal menamatkan perkhidmatan awam pada 15 Julai depan menutup ucapan beliau bersama warga JPN Terengganu  dengan menyebut peringatan Al-Ghazali tentang kerja":-
  • sebelum mula kerja - ikhlaskan hati
  • semasa bekerja - khusyuk
  • selesai bekerja - tawadduk
Sebelum itu Timbalan Pengarah Pelajaran ,En.Hashim bin Mohd Zin mewakili Pengarah Pelajaran Negeri merakamkan penghargaan terima kasih Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian kerana dapat hadir bersama dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Timbalan Pengarah juga mengajak semua warga JPN Terengganu agar sentiasa memainkan peranan masing-masing serta saling bekerjasama sesuai dengan tema perhimpunan " Muafakat Asas Kejayaan"

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Terengganu kali ke 7 agak istimewa bukan sahaja dengan kehadiran Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian tetapi dengan persembahan Nasyid dari SK Chukai Kemamam yang merupakan pemenang tempat ketiga Festival Nasyid Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan dan juga pemenang utama bagi Solo Terbaik dan Lirik Terbaik.

Tahniah dan terima kasih dan "Selamat Bersara" kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian daripada warga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.


0 ulasan:

Post a Comment