Saya agak teruja bila berdepan dengan calon-calon PMR dan SPM kerana mereka agak ceria dan matang walaupun mereka dianggap sebagai calon kampung yang "hampas" kerana murid yang baik dan bagus telah dihantar ke sekolah lain seperti SMK Pelong berdekatan yang disaring dan punyai asrama. Namun sebenarnya mereka ini mempunyai tenaga tersembunyi luar biasa untuk melonjak prestasi ke arah lebih cemerlang jika berlaku penalaan yang strategik dan tersusun. Lonjakan Band Sekolah dari Band 6 ke Band 4 adalah satu petunjuk bahawa pelajar SMK Langkap boleh melakukan lompatan saujana mencipta zaman.
'Sesungguhnya mereka yang mencapai sesuatu yang luar biasa adalah mereka yang biasa-biasa tetapi telah melakukan tindakan-tindakan luar biasa ". Situasi ini boleh terjadi kepada calon PMR dan SPM di mana sahaja jka mereka mempunyai kesedaran bahawa keupayaan dan potensi yang ada pada diri mereka perlu dipugar dan diusahakan. "Tindakan-tindakan" adalah menggambarkan usaha yang mesti dilakukan. Biarpun turun seribu petua atau sejuta tips dan panduan semuanya tidak bererti apa-apa kalau tiada sebarang usaha untuk melaksanakannya. Sebab itu Nabi S.A.W berpesan ..." adalah lebih baik melaku sesuatu yang kecil tetapi tetap dan berterusan........."
Kita percaya kunci yang boleh merubah adalah kesedaran kendiri. Sedar tentang kehebatan dan kemuliaan kemenjadian diri. Sedar diri minda. Sedar diri fizikal. Kesedaran pasti mampu menolak halangan dalam dan luar diri untuk membangunkan diri yang hebat,yang mulia,yang mampu memikul amanah dan kepimpinan masa depan ummah,bangsa,agama dan negara.
Saya berdoa semoga calon-calon PMR dan SPM,SMK Langkap sentiasa sedar dan berusaha gigih untuk mengapai keterbilangan dalam peperiksaan dan kehidupan masa depan. Di atas pundakmu anak-anak kami amanahkan maruah dan harga diri bangsa,agama dan negara.
Selamat Menghadapi PMR dan SPM !!!!
No comments:
Post a Comment