Saya telah membuka setiap laman web/blog sekolah terbabit dan merasa amat terharu kerana produk atau hasil kerja yang dihasilkan. Tahniah semua EIO yang telah membina laman web/blog yang cukup baik dan berkualiti.Sebagai pegawai meja projek ini saya merasa cukup bangga dengan usaha-usaha ini. Setidak-tidaknya dunia luar akan dapat mengenali kita kerana antara salah satu tujuan SBT ialah menjadikan sekolah SBT sebagai "showcase" dalam dan luar negara. Senarai sekolah calon SBT dan link web/blog telah saya linkkan pada menu sebelah kiri blog ini.
Kita sangat berharap usaha menjadikan web/blog sekolah sebagai wahana intraktif antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat massa menjadi kewajipan dan dilaksanakan dengan penuh iltizam. Antara perkara yang patut dilaksanakan antaranya;
- promosi web/blog melalui surat,facebook,twitter,email sekolah,papan tanda dan sebagainya
- sentiasa update dengan pelbagai berita,rencana sesuai,gambar dan sebagainya yang terkini
- masukkan info-info yang menjadi sumber rujuk
- design dan interface yang ceria dan menarik
- wujudkan ruang interaktif seperti chat box,alumnai dan sebagainya
Saya berharap web/blog sekolah-sekolah SBT,Kluster dan calon-calon SBT akan menjadi popular dan penuh makna. Ianya bergantung kepada Pengurus Sekolah ,EIO dan pasukan web/blog sekolah. Banyak web/blog sekolah yang bagus basi dan mati bila Guru Besar bertukar atau admin bertukar atau malas update.
Sayang rasanya membiarkan sesuatu yang cantik,comel berkubur begitu sahaja.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Nasir Ismail,Ketua Sektor,Sektor ICT,pegawai Sektor ICT,EIO dan Guru Besar calon Sekolah SBT. Semoga usaha kita ini beroleh manafaat dan kejayaan nanti.
No comments:
Post a Comment