Thursday, July 28, 2011

Temuduga Pengisian GPK Siri 2, daerah Hulu Terengganu.

HULU TERENGGANU - Seramai sebelas orang calon Guru Penolong Kanan telah selesai menghadapi temuduga pagi tadi di PKG Kuala Berang,Hulu Terengganu bagi siri ke 2 untuk pengisian kekosongan jawatan GPK sehingga 31 Disember 2011. Mereka adalah guru-guru DGA32(KUP) Time Base yang memohon untuk mengisi jawatan sebagai GPK pada tahun lepas.

Panel temuduga  diketuai oleh En.Rosli Chik,Ketua Unit,Unit Naik Pangkat,JPN Terengganu. Sistem syarat temuduga (20 markah) telah diperkenalkan oleh KPM untuk urusan naik pangkat hakiki dari DGA32 KUP  Time Base ke DGA32  mengisi jawatan GPK atau Penyelia di PPD dan JPN pada 1 Julai 2010.

Sebagaimana calon-calon yang ditemuduga terdahulu , terdapat segelintir calon yang kurang membuat persediaan. Ada isu-isu pendidikan yang remeh dan mudah tidak difahami serta tidak dapat dijawab oleh calon dengan baik serta meyakinkan. Lebih malang lagi terutama calon dari SKM yang telah memegang jawatan pengurusan bertahun-tahun tetapi mendapat markah yang kurang muaskan terutama aspek kemahiran,kegiatan dan sumbangan (35%) hingga tidak mampu markah  temuduga (20%) dan prestasi (45%) untuk "cover"nya. Dalam erti kata yang lain ruang kemahiran,kegiatan dan sumbangan dalam borang permohonan tidak dilengkap dengan sempuna oleh calon. Inilah puncanya bagaimana mereka yang hebat gagal mempamerkan kehebatan hingga terlepas peluang.

Tidak semua calon akan ditawarkan justru kekosongan tempat yang terhad. Mereka yang tidak menerima apa-apa tawaran sehingga 3I Ogos 2011 sila isi borang permohonan baru untuk Tahun 2012 yang akan diiklan dan disiarkan melalui blog ini.Perbaiki apa jua kelemahan untuk persediaan temuduga masa hadapan.


2 comments:

  1. salam...terbaca entry di atas..sepatutnya ada timbal balik pada syarat kemahiran,sumbangan,kegiatan yg menidakkan bekas gpk skm tidak berjaya dlm t/duga....sepatutnya aspek pengalaman dlm pentadbiran diberi dominan diperingkat ni..

    sbb pengalaman mesti dilalui dan tidak boleh dipelajari...kemahiran boleh dipelajari dan mereka mampu menguasai jika diberi pendedahan..

    sekadar pendapat....

    ReplyDelete
  2. anis... aspek pemarkahan digazet dalam peraturan dan telah ditimbang sebaik mungkin oleh KPM. Prestasi 3 tahun dikira 45%,kemahiran,sumbangan dan kegiatan termasuk pengalaman 35% dan temuduga 20%. Ini sudah wajar.

    Jika prestasi dapat 43,pengalaman,sumbangan dapat 18 dan temuduga 20 pun ianya masih rendah : 81 berbanding dengan calon yang dapat prestasi 40,sumbangan 25 dan temuduga 18 :83

    Bukan sahaja utk DGA32 malah utk ke DG34 - Bahagian sumbabgan,pengalaman,kegiatan dan kemahiranlah yang byk buat calon ko walaupun mereka di luar di lihat hebat. Mungkin masa mengisi borang ada yang tidak lengkap sepenuhnya dan tiada aviden utk panel beri markah.

    ReplyDelete