Sunday, July 31, 2011

Tahniah atas kenaikan pangkat Penyelia Kanan ke Pengelola Cemerlang

Pengelola - Pengelola  Cemerlang bersama 
Ketua Unit Rendah dan PP Guru

Seramai enam orang pengelola sekolah atau Penyelia Kanan DGA34 dari Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah ditawarkan kenaikan pangkat sebagai Pengelola Cemerlang DGA38(KUP). Majlis penyerahan surat tawaran pelantikan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia,En.Hashim Mohd Zin,Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu di bilik Mesyuarat Alamanda,JPN Terengganu pagi tadi.
Mereka yang terlibat dengan kenaikan pangkat ini ialah sebagaimana berikut:
  1. En.Wahab bin Mohamad - Penyelia Kanan,Pengurusan Murid,Unit Rendah,JPN Terengganu
  2. Tn. Haji Ismail bin Embong - Penyelia Kanan Kesihatan,JPN Terengganu
  3. En. Abdullah bin Othman - Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah,PPD Dungun
  4. En. Anuar bin Mohamad - Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah,PPD Setiu
  5. En. Mohamad bin Salleh - Penyelia Kanan Peperiksaan,PPD Setiu
  6. Tn. Haji Mohd Yusof bin Hassan - Penyelia Kanan Pengurusan Murid,PPD Kuala Terengganu
Tahniah semoga terus cemerlang dan dedikasi !!

No comments:

Post a Comment