Wednesday, July 13, 2011

Mesyuarat Verifikasi Data Selepas Redeployment

Unit Pengurusan Sekolah Rendah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat berkenaan pada 12 - 14 Julai di Shahzan Inn,Kuantan. Mesyuarat ini dihadiri sendiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,Ketua Unit Sekolah Rendah,Ketua Unit PraSekolah dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak,Penolong Pengarah Maklumat Sektor ICT,Pegawai dari Unit Pengurusan Sekolah Rendah dan semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah,PPD seluruh negeri.

En.Zakariah Ali,Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dalam ucapannya mengingatkan semua pegawai tentang amat penting data yang tepat dan sah terutama bagi kutipan kali ini kerana ianya akan digunakan untuk penempatan guru baru yang mungkin dijangka Ogos depan.Beliau memaklumkan bahawa data sekolah rendah Terengganu selalu mendapat pujian di peringkat kementeriaan dan kita perlu menjaga reputasi berkenaan.

Mesyuarat kali ini juga dimaklumkan bahawa guru kontrak untuk memperkasakan MBMMBI bagi tahun 2011 ada tambahan dan mereka yang sedang berkhidmat sekarang akan diberi peluang sambung jika prestasi mereka mencapai piawaian ditetapkan sementara pada tahun 2012 waran perjawatan berkaitan akan ditambah.PPD dikehendaki mengenalpasti calon bekas guru Bahasa Inggeris untuk dicalonkan.

Selain dari itu mesyuarat kali ini juga telah memilih,menapis dan mencadang ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia permohonan daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Lepasan Diploma Gred DGA34 dan DGA32 dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru yang memohon untuk ke sekolah.Pemilihan mereka berasaskan kekosongan yang ada dan kesesuaian mereka untuk ke sekolah sebagai Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. Hanya yang layak dan sesuai sahaja dipertimbangkan. Panel berharap mereka yang dicadangkan menerima penempatan dengan hati terbuka walaupun jauh sedikit kerana persaingan tempat kosong yang terhad lagipun mereka telah berada dalam "naik pangkat hakiki" berbanding ramai lagi guru-guru lain yang baru hendak naik pangkat pada gred yang telah lama mereka nikmati.

No comments:

Post a Comment