Saturday, July 9, 2011

Gotong - Royong Perdana Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu


KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan swasta hari ini telah  mengadakan Gotong - Royong Perdana di persekitaran Jabatan Pelajaran Negeri dan kawasan perkuburan Bukit Kecil di laluan masuk ke jabatan ini.
Tujuan gotong-royong ini bukan sahaja semata-mata untuk  kebersihan dan kekemasan tetapi juga untuk merapatkan hubungan siratulrahim di kalangan warga jabatan sendiri,warga jabatan dengan pimpinan dan masyarakat setempat. Selain itu ianya juga untuk memperkukuhkan hubungan JPN Terengganu dengan agensi strategik seperti Pasukan Bomba dan Penyelamat,Pertahan Awam,Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Setempat dan syarikat swasta Subasun Hyper Market.
Atucara gotong-royong dimulakan dengan taklimat oleh urusetia di Dataran Perhimpunan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Selepas itu diteruskan upacara penanaman pokok oleh Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Sebelum beberapa pasukan gotong-royong yang dibahagi kepada beberapa kumpulan bergerak ke lokasi yang ditetapkan senamrobik pemanas badan telah diadakan. Pengarah Pelajaran Negeri dan warga jabatan telah mengambil bahagian aktif dalam aktiviti senamrobik. Suasana amat santai dan menyeronokkan.
Selepas minum pagi semua pasukan bergerak ke lokasi yang ditetapkan sama ada di dalam bangunan pejabat,persekitaran dan kawasan perkuburan dengan dibantu oleh pasukan Bomba dan Penyelamat,Pertahan Awam,Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Jawatankuasa Kemajuan Kampung setempat dan kakitangan Subasun Hyper Market. Suasana gotong-royong berjalan dalam suasana yang mesra dan lancar.
Jam sebelas setengah pagi semua pasukan gotong-royong kembali ke tempat letak kereta  jabatan untuk menikmati  jamuan masakan kampung yang menyelerakan .
Sesungguhnya Gotong-Royong Perdana Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sangat mendalam pengertiannya. Ianya adalah pernyataan tindakan luhur dan ikhlas untuk mengangkat nilai muafakat turun-temurun untuk membersih dan menyusun atur (jasmani) dan juga menyuci jiwa dan hati nurani (rohani). Hanya dengan kesepaduan dan keselarasan jasmani-rohani akan lahirlah kedamaian,ketenteraman dan keamanan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan ikhlas menjayakan Gotong-royong Perdana Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
 Gambar-gambar Program Gotong-Royong Perdana JPN Terengganu

3 ulasan:

Cheng SK said...

Syabas, JPNT!
Lebih bermakna drp demonstrasi~~~

Anonymous said...

JPNT pun bersih....

USR BLOGGER TEAM said...

Cheng SK : Berkumpul ke arah yang lebih baik untuk kita dan orang lain..

Post a Comment