Wednesday, July 27, 2011

Bangunan tambahan siap sekolah akan menjadi satu sesi

Terdapat beberapa faktor sekolah menjadi dua sesi .  Bila dua sesi jarang orang mengatakan ianya bagus. Majoriti sama ada ibubapa,guru mahupun murid akan mengatakan ianya menyusahkan. Persoalannya sekolah terpaksa diadakan dua sesi sama ada secara kekal atau sementara. Antara punca-punca menjadikan persekolahan dua sesi;-
  • pertambahan penduduk sekitar secara mendadak dan tiada bangunan atau kelas tambahan dibina. Keadaan ini berkemungkinan menjadikan persekolahan dua sesi yang tegar dan berpanjangan.
  • bangunan lama diroboh dan dibina semula
  • pertambahan permintaan ibubapa penjaga yang tertumpu di sesebuah sekolah menyebabkan ketidakcukupan kelas dan bangunan tambahan dalam proses dibina
 Pada tahun ini dan tahun hadapan beberapa buah sekolah yang dibina semula ataupun dibina bangunan tambahan akan bertukar menjadi satu sesi. Antara sekolah-sekolah berkenaan ialah SK.Tok Dir,Kuala Terengganu,SK Bukit Mentok 2,Kemaman,SK Simpang Rawai,Marang,SK Tasek,Marang,SK Pagar Besi,Kuala Terengganu dan beberapa buah lagi. Kita berharap Guru Besar dapat memastikan sebenar-sebenarnya sekolah atau bangunan tambahan telah diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya serta sempurna untuk beroperasi barulah memohon surat kelulusan menjadi satu sesi kepada Pengarah Pelajaran Negeri (U.P: Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)

Sementara itu pihak PPD perlu mengenalpasti lebih awal tempat bagi mengisi jawatan PK Petang yang dikosongkan akibat persekolahn satu sesi ke jawatan Penolong Kanan lain di sekolah lain dalam daerah yang sama. PK Petang adalah jawatan gred hakiki DGA32 yang boleh ditukar setara sama ada sebagai PK Pentadbiran dan sebagainya.

Persekolahan satu sesi akan hanya terlaksana seratus peratus bilamana sekolah-sekolah secara tradisinya berada dalam sesi petang dibina bangunan tambahan dan kawalan had kemasukan  ataupun pembinaan sekolah baru sebagaimana sekolah rendah di daerah Setiu seratus peratus mengadakan persekolahan satu sesi.



Bangunan tambahan SK Bukit Mentok 2,Kemaman
Persekolahan satu sesi bermula 1 Ogos 2011

No comments:

Post a Comment