Monday, July 18, 2011

Temuduga Pengisian GPK Siri 2

KEMAMAN - Semalam telah diadakan sesi temuduga penghakikian dari DGA32(KUP) Time Base ke DGA32 bagi mengisi kekosongan jawatan Guru Penolong Kanan atau yang setara bagi siri ke 2 untuk daerah Dungun dan Kemaman. Semua calon yang ditemuduga bagi daerah ini untuk siri pertama telah habis digunapakai sama ada menerima atau menolak tawaran yang ditawarkan  kepada mereka.

Calon-calon yang berjaya temuduga siri ke 2, akan digunapakai untuk mengisi kekosongan jawatan GPK dari 1 Ogos 2011  sehingga 31 Disember 2011 khususnya bagi kedua-dua daerah berkenaan.Selepas dari tarikh itu senarai ini secara automatik luput tarikh sahlakunya. Oleh itu kita nasihatkan kepada calon-calon yang telah ditemuduga sama ada siri 1 atau siri 2 yang masih belum ditawarkan hingga September nanti agar mengisi semula borang permohonan yang akan dikeluarkan untuk tahun 2012 pada bulan September nanti yang akan disiarkan melalui blog ini.

Calon-calon yang ditemuduga semalam adalah calon yang telah memohon pada September 2010. Mereka telah pun mempunyai markah dari segi prestasi (45%) dan sumbangan (35%). Markah untuk temuduga pula ialah 20%. Terdapat segelintir calon yang tidak membuat persediaan dan barangkali menganggap temuduga ini sebagai memenuhi syarat mudah. Sedangkan melalui temuduga panel akan menilai banyak aspek seperti sahsiah,komunikasi,keupayaan menghadapi tekanan,kemahiran,pengetahuan dalam tugas,kefahaman tentang dasar-dasar baru kementerian dan sebagainya.

Sesungguhnya dalam realiti kehidupan apabila sesuatu itu tidak menyebelahi kita maka kita akan menyalahkan pihak lain.Kita tidak nampak kesilapan dan kesalahan yang kita sendiri lakukan menyebabkan kegagalan kita.Kita jarang bermuhasabah atau berintospeksi untuk memperbaiki setiap kelemahan .Sesungguhnhya Allah maha mengetahui dan sering mengingatkan kita. Sayang kita tidak menggali makna dan pengiktibaran. Allah banyak kali menyebut dalam AL-Quran ..."sesungguhnya kamu telah menzalimi dirimu sendiri......"


No comments:

Post a Comment