Tuesday, July 19, 2011

Pertukaran Guru Besar dan GPK,Kuatkuasa 16 Julai 2011

Pada tarikh 16 Julai hanya empat orang Guru Besar Cemerlang yang telah diluluskan KPM bertukar sementara yang lain akan ditangguhkan pergerakan sehingga lepas UPSR yang akan bermula 13,14 dan 15
September depan. Keputusan itu adalah sebagai usaha mengelakkan berlakunya masalah kepada persediaan sekolah menghadapi UPSR dan mengelakkan sebarang halangan kepada momentum berkenaan.Sehingga tarikh 16 September yang akan digunakan untuk mengisi dan menggerakkan guru besar maka Guru Penolong Kanan Pentadbiran akan menjalankan tugas-tugas pengurusan jika sekolah mereka terlibat dengan kekosongan jawatan Guru Besar.

Sementara bagi pengisian dan pertukaran GPK selepas 16 Julai juga akan diteliti supaya ianya juga tidak merencatkan sekolah menghadapi UPSR. Jabatan berharap dengan makluman ini pihak sekolah dapat mengurus dengan sepenuh komitmen dengan segala sumber dan kekuatan yang ada untuk persediaan menghadapi UPSR 2011 bagi meneruskan legasi keterbilangan Terengganu dalam UPSR terbaik negara.

Senarai GPK terlibat untuk 16 Julai KLIK


No comments:

Post a Comment