Menurut Pn.Hajah Wan Salmah Wan Hamat,Ketua Unit Pembangunan kerja-kerja pembinaan sekolah-sekolah berkenaan berjalan lancar dan pencapaiannya melebihi 70%. Berdasarkan pengalaman dan perkembangan semasa sasaran untuk beroperasi pada tahun hadapan akan dapat dicapai ,tegas beliau.
Semalam beliau berasama Ketua Unit Sekolah Rendah dan Penolong-Penolong Pengarah Data dan Guru dari Unit Sekolah Rendah telah membuat tinjauan di SK Seri Jaya,Kemaman. Sementara isu SK Padang Setengir pernah dilawati oleh Ketua Setiausaha Kementerian sebelum ini. Perkembangan projek dua sekolah ini dan lain-lain projek pembangunan pendidikan di Terengganu juga telah dibincang dalam mesyuarat bulan lepas dan sentiasa mendapat perhatian dan kecaknaan KPM.
Kita berharap kelewatan membuka sekolah untuk beroperasi walaupun perjawatan telah diluluskan seperti SK Gong Pasir,Dungun kerana isu-isu yang sepatut dan boleh diselesaikan oleh kontraktor dan agensi berkaitan tidak akan berulang. Kita berharap pihak-pihak yang berkepentingan dan terbabit dengan pembinaan dua sekolah ini terutamanya memahami aspirasi kerajaan meluluskan pembinaan sekolah-sekolah bukan sekadar penyediaan kemudahan awam untuk rakyat tetapi lebih besar dari itu ialah menyediakan dan membina insitusi untuk menjana modal insan terbilang bagi survival dan warisan pimpinan masa depan bangsa,agama dan negara. Sepatutnya apa jua "kecacatan" dalam menyiap dan mengurus projek pendidikan tidak ada peluang kedua atau secalit ampun dan maaf.
SK Seri Jaya,Kemaman bakal dibuka tahun depan
No comments:
Post a Comment