Monday, July 4, 2011

Pemantauan dan Khidmat Bantu Kepada Calon SBT Negeri Terengganu

SK Rantau Petronas,Kemaman salah sebuah dicalonkan SBT

Mulai 26 Jun hingga 7 Julai 2011 satu pemantauan khusus bagi tujuan memberi khidmat bantuan kepada calon sekolah SBT daripada pegawai JPN dan PPD telah diadakan. Program ini adalah tindaksusul daripada keputusan Mesyuarat Pencalonan SBT Peringkat Negeri yang diadakan di SK Sultan Sulaiman pada pertengahan bulan lepas.

Objektif  utama program ini ialah memberi khidmat nasihat dan berusaha membantu sekolah-sekolah yang dicalonkan (6 SM dan 12 SR) membuat persediaan menghadapi penilaian panel SBT yang dijangka akan diadakan pada bulan ini dan bulan hadapan. Dua belas sekolah rendah yang calonkan telahpun diberi pendedahan dan bengkel persediaan oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,KPM dan pemantauan ini adalah sebahagian usaha sokongan jabatan kepada mereka.

SMK Mak Lagam,Kemaman salah sebuah calon SBT

Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri bersama Pegawai di PPD telah dibahagikan berdasarkan beberapa kumpulan untuk memudahkan serta memberi fokus bagi menyelesaikan isu dan masalah sekolah yang dicalonkan membuat persediaan terbaik bagi menghadapi panel penilai SBT. Kita berharap usaha strategik ini bukan sahaja memberi semangat kepada sekolah tetapi juga memberi pengalaman kepada sekolah terlibat kefahaman mereka tentang SBT dalam pelbagai perkara supaya jika mereka tidak memperolehi tempat pada tahun ini mereka sudah ada pengalaman dan pengetahuan melaksanakan penambahbaikan untuk pencalonan pada masa hadapan.

Apapun kita ucapkan tahniah,syabas dan terima kasih kepada semua sekolah  (Sekolah Band 1 sahaja) yang dicalonkan kerana kejayaan mereka menempatkan diri untuk dicalonkan telah membuktikan mereka mempunyai kehebatan. Kita percaya jika usaha bersepadu,semangat berpasukan,kepimpinan berkesan dapat dintegrasikan dalam persediaan pencalonan ini sekolah-sekolah kita tidak mustahil termasuk dalam senarai sekolah yang beroleh anugerah Sekolah  Berprestasi Tinggi pada kali ini.

Selamat Berjaya....

No comments:

Post a Comment