Seramai seratus orang lebih sedikit calon PMR dan SPM telah bersedia mendengar ceramah motivasi dari saya.Sebelum itu saya telah mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai latarbelakang pelajar daripada GPK Hal Ehwal Murid dan Kaunselor Pelajar. Mereka mengatakan pelajar mereka kurang semangat,tidak minat belajar dan bla..bla...bla.. Info-info ini sangat berguna bagi saya walaupun berpengalaman lebih dua puluh tahun mengendali kursus dan ceramah kepada pelbagai peringkat termasuk pelajar kerana isu dan latar berbeza memerlukan metodologi berbeza serta teknik yang berbeza...
Alhamdulillah sepanjang hampir dua jam berintraksi tidak ada seorangpun kabur meninggalkan bilik ceramah bahkan ada minta tambah satu jam lagi. Memang benar sebagai jangkaan awal saya bahawa majoriti pelajar tidak ada impian dan wawasan belajar yang jelas.Jika mereka berada dalam situasi tiada kehendak dan kemahuan berilah apa tips sekalipun memang tidak ada gunanya. Inilah yang selalu saya sebutkan tugas besar guru,ibubapa,pemimpin dan masyarakat ialah bagaimana untuk "membangun" kehendak dan kemahuan agar terdorong dalaman diri mereka untuk bertindak dan berbuat secara bersengaja atas kesedaran diri sendiri.
Kita percaya bila terbinanya platform hala tuju yang jelas atas kemahuan kendiri yang kuat tidak perlu lagi "pemaksaan" tetapi cukup dorongan berterusan secara positif dan sesekali secara provokatif terpimpin.Barangkali perkara yang boleh membangkitkan "kemahuan dan kesadaran" pelajar ialah membimbing dan memimpin mereka untuk;
- faham,jelas dan nampak apa yang ingin dicapai - hendak biar berupa ( Dato' Cg Rahim bin Tahir)
- memahami kemuliaan,kehebatan,potensi dan destini kemenjadian diri - konsep juara
- ancaman dan amaran survival (perjuangan hidup mati) pada masa depan - persaingan dan perubahan
- imejan diri pada masa depan - cabaran dan realiti sepuluh duapuluh tahun akan datang
Apapun saya amat berharap melalui wacana selama dua jam bersama calon PMR dan UPSR SMK Putra Jaya,Setiu memberi sedikit sebanyak impak untuk membangun kehendak,kesadaran dan yang penting melaksanakan tindakan-tindakan sesuai dengan sifat dan watak sang juara...yang hebat,berani,cekal,gigih,bijaksana,pantas meraih peluang mencipta kecemerlangan dan keterbilangan diri.
Syabas ! Selamat Menghadapi PMR dan SPM 2011 kepada pelajar-pelajar SMK Putra Jaya...
No comments:
Post a Comment