Friday, January 7, 2011

Urusan Pemangkuan dan Pengisian Jawatan Naik Pangkat PPLD Tahun 2011

Salam untuk semua pendidik,
Sekali lagi saya ingin menyentuh Urusan Pemangkuan Dan Pengisian Jawatan Naik Pangkat PPLD Tahun 2011 terutama bagi mengisi jawatan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan pada tahun ini. Ini adalah antara beberapa tulisan saya berkaitan naik pangkat rendah yang jarang kita tahu dan sering dianggap 'sulit" oleh setengah pihak menyebabkan ada yang ketinggalan dan tercicir. Pada pandangan saya memberi penerangan dan kefahaman kepada rakan-rakan tentang kaedah dan cara bukanlah sesuatu yang sulit tetapi info berguna bagi membantu mereka.
  1. Asas utama dalam sistem naik pangkat sekarang ialah anda "memohon" atau "tidak". Semua urusan naik pangkat MESTI memohon. Tanpa permohonan anda dianggap tidak berminat untuk mengisi jawatan naik pangkat.
  2. Bagi urusan pemangkuan (memegang jawatan gred lebih tinggi dari gred sedia ada selama enam bulan atau lebih) bagi tahun 2011 sama ada dari gred DGA29 ke gred DGA32 atau dari gred DGA32 ke gred DG34 permohonan yang dibuat oleh calon ialah pada Tahun 2009. LNP,KPM telah membuat ketetapan pada tahun 2010 tiada permohonan tetapi digunapakai permohonan tahun 2009. Ini adalah kerana jumlah pemohon bagi mengisi kekesongan Guru Besar dan GPK Tahun 2010 melebihi 10 kali ganda maka senarai pemohon yang belum ditawar dilanjutkan ke tahun 2011.Maka sesiapa yang tidak memohon untuk urusan pemangkuan ini pada tahun 2009 tidak akan ada nama.
  3. Dasar baru KPM pada tahun 2011 bagi mengisi jawatan GPK ialah diperuntukan 80% untuk mereka pada gred DGA32(KUP) Time Base dan 20% lagi diisi oleh gred DGA29. Ini bermakna bagi mengisi jawatan GPK negeri Terengganu 2011 ianya terdiri dari  calon DGA32(KUP) Time Base yang memohon pada September 2010 dan telah melalui proses temuduga dan guru gred DGA29 yang memohon pada tahun 2009.
  4. Bagi urusan pengisian jawatan Guru Besar dan GPK untuk Tahun 2011,JPN Terengganu tidak menghadapi masalah kerana semua calon telah diterima dan isyaalah mencukupi hingga 31 Disember 2011
  5. Ada setengah daripada kita kurang faham tentang perjawatan hakiki di sekolah rendah ini. Contoh seorang GPK gred DG41(KUP) meminta ingin menjadi Guru Besar. Jawapannya tidak layak kerana jawatan hakiki Guru Besar di Sekolah gred A,Gred B dan SKM A ialah DGA34 manakala Guru Besar Sekolah SKM ialah gred DGA32 sama taraf dengan semua gred hakiki GPK Sekolah gred A,B,dan SKM A. Gred jawatan-jawatan ini lebih rendah dari DG41 tetapi dari segi "kuasa" kedudukan Guru Besar dan GPK lebih tinggi kerana "jawatan hakiki" mempunyai konotasi dengan kuasa yang mereka miliki. Sementara guru gred DG41 jawatan mereka ialah "Guru Penolong".
  6. Dalam ruang ini tidak perlu kita berbahas tentang dasar atau sistem. Sila bawa isu ini kepada pihak KPM melalui saluran kesatuan dan sebagainya kerana kami di JPN hanya melaksanakan dasar KPM.Kami tidak kuasa mengubah dasar atau sistem.
  7. Guru Besar atau GPK hanya boleh kekal atas jawatan masing-masing bila mereka memegang jawatan berkenaan terlebih dahulu kemudian sambung belajar dan dapat ijazah lalu diberi DG41(KUP). Guru biasa yang sambung dan dapat DG41,guru KPLI dan PISMP tidak boleh/layak menjadi Guru Besar atau GPK kerana gred mereka lebih tinggi dari gred Guru Besar atau GPK. Mereka berpeluang menjadi pentadbir (Guru Besar & GPK) jika kerajaan mengubah struktur perjawatan Guru Besar dan GPK kepada gred hakiki DG44,DG48 dan seterusnya.
  8. Guru Besar atau GPK yang naik pangkat atau mendapat gred lebih tinggi dari gred hakiki mereka akan diberi KUP seperti DGA38(KUP),DG41(KUP),DG44(KUP) dan DG48(KUP). KUP bermaksud Khas Untuk Penyandang iaitu gred itu khusus untuk dirinya sendiri bukan kepada jawatannya. Oleh itu apabila mereka bersara atau mengosong jawatan yang disandang atas sebab kematian atau dibuang kerja mereka membawa bersama KUP itu,maka calon pengganti bagi mengisi jawatan tersebut kembali  kepada gred hakiki jawatan terbabit sama ada DGA32 bagi GPK atau DGA34 bagi jawatan hakiki Guru Besar.
  9. Ramai orang menyangka atau mereka yang berada pada gred DGA32(KUP) Time Base sendiri merasa mereka bukan "somebody". Merasa tiada apa-apa makna.Walhal mereka berada pada gred naik pangkat secara "Time Base" yang diberi khas oleh kerajaan untuk diri mereka bukannya jawatan mereka. Mereka naik pangkat tapi tiada jawatan. Jawatan mereka ialah "Guru Penolong" sama seperti guru lain yang tidak naik pangkat. Sebab itu mereka diberi KUP macam Guru Besar dan GPK DG41(KUP).
  10. Oleh kerana mereka naik pangkat secara DGA32(KUP) Time Base maka mereka boleh memohon bila diiklankan untuk diberi jawatan hakiki jika memenuhi kreteria sebagai GPK atau memohon menjadi Guru Besar.KLIK di sini bagi melihat panduan penilaian proses menghakiki ke jawatan GPK. Bagi memohon pemangkuan ke gred DGA34 sebagai Guru Besar mereka mesti sudah berada tiga tahun pada gred DGA32(KUP).Mereka akan bertanding dengan Guru Besar SKM dan Penolong Kanan bagi merebut peluang itu. Dan ada mereka yang lepas dan berjaya. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan Guru Besar SKM dan GPK. Persoalannya semua calon mesti melalui piawaian penilaian yang ditetapkan oleh LNP KPM seperti ini. KLIK
  11. Panel Naik Pangkat Negeri yang terdiri wakil PPD  juga telah mengkaji Panduan Penilaian berkaitan dan telah membuat pindaan cadangan agar Guru Besar SKM dan GPK diberi keutamaan dalam urusan pemangkuan DGA34 sebagai Guru Besar. KLIK cadangan pindaan. Kita berharap cadangan ini sampai ke atas dan dilihat oleh Panel LNP KPM.
  12. Kita berharap dengan penyiaran tatacara penilaian ini bukan sahaja semua orang tahu bagaimana penilaian dibuat tetapi yang lebih penting mereka membuat persediaan sewajarnya semasa membuat permohonan.Seperti posting saya terdahulu agar calon mengukur kemampuan dan keupayaan mereka sendiri sebelum memohon. Namun sesuatu yang harus diterima dan perlu disedari bahawa melalui penyiaran tatacara penilaian ini anda akan dinilai oleh setiap orang kerana ditangan mereka ada panduan mengukur keupayaan dan kemampuan anda. Kepada yang sedang menyandang dan yang tidak berpuashati sama ada lambat dilantik atau terkeluar dari senarai selalulah  bersikap profesional dalam percakapan dan tindakan kita.Sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya melainkan mereka sendiri menzalimi diri mereka sendiri.

3 comments:

  1. Salam Admin,

    Terima kasih di atas penerangan yang jelas dan panjang lebar ini.
    Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, kerana itulah hasil kerja buat kita selama ini.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas sokongan tuan selama ini.Kita mengharapkan dengan penerangan ini dapat membantu sahabat-sahabat kita memahami keadaan sebenar yang tidak pernah diberitahu dan mereka boleh membuat persediaan secukupnya bila membuat permohonan mengisi jawatan-jawatan naik pangkat yang terhad dan sengit saingannya.

    ReplyDelete
  3. salam admin...
    adakah diusulkan bahawa peluang bagi PPPLD DGA29 yang posting tahun 2004 telah ditutup utk kenaikan pada 2011 atas alasan mengguna pakai permohonan 2009. Pada pengetahuan saya, permohonan pada 2009 telah menetapkan mereka yang posting pada 2003 dan sebelumnya bagi Negeri Terengganu yang layak memohon. Itu adalah syarat permohonan.

    Jadi pada 2009, mungkin PPPLD DGA29 ada yang menangguhkan hasrat utk membuat permohonan kenaikan pangkat tersebut.

    ReplyDelete