Perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah yang bertemakan "Melestarikan Pengurusan Sekolah Terbilang". Semua Pegawai Pelajaran Daerah,KPP BTPN,YDP Majlis Pengetua dan Wakil Majlis Guru Besar Terengganu turut hadir di samping semua pegawai dan staf JPN Negeri.
Majlis perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Akal Budi. Selepas itu diikuti bacaan Al-Quran oleh Ustaz Wan Mohd Hasbi Wan Jusoh dari Sektor Pendidikan Islam. Majlis diteruskan dengan ucapan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,En.Zakariah bin Ali dan diikuti penyampaian mesej Ilmu oleh En. Zakaria bin Muda,Ketua Unit Prasekolah. Selepas ucapan Pengarah diadakan bacaan Ikrar Perkhidmatan dan penyampaian Sijil Penghargaan dan Hadiah Hari Jadi. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Ibrahim Ismail dari Sektor Pengurusan Sekolah.
Pengarah Pelajaran Negeri dalam ucapannya juga menggariskan perkara-perkara berikut bagi memantap dan memperkasakan kepimpinan diri;
- menetapkan visi dan misi diri supaya mempunyai perancangan dan pelaksanaan yang jelas dan berkesan
- menghindari daripada "profesional trap" melalui pusingan kerja agar kemahiran sentiasa dipertingkatkan dengan perkembangan terbaharu
- berani membuat keputusan dan bersedia menanggung risiko terhadap keputusan yang dibuat dan terlalu takut
- komunikasi yang tegas dan efektif dengan pelanggan bukanya "musang" atau kasar
- sentiasa amanah terutama dengan masa,diri,ketua
- membina kepercayaan kepada diri sendiri sebelum melihat atau mempertikaikan ketua yang lebih atas
No comments:
Post a Comment