Tahniah dan terima kasih kepada Pengurusan,guru-guru,kakitangan dan semua murid Sekolah Kluster Kecemerlang,SK Sultan Sulaiman 1 di atas kesediaan dan persediaan menghadapi sesi persekolahan baru 2011.
Perkara ini dapat dilihat melalui hasil pemantauan kami iaitu Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah selaku Pegawai Perhubungan SK Sultan Sulaiman 1,Ketua Unit Pembangunan dan saya selaku Penyelia Kanan Projek Khas/Asli/Kluster di sekolah ini pada pagi tadi.
Walaupun agak sibuk membuat persediaan audit 'New Deals" tetapi semuanya berjalan lancar dalam suasana yang terkawal. Masalah kebocoran Bilik Guru,Bilik Tahun 1 dan 2 telah dilapor terus kepada Ketua Unit Pembangunan dan usaha seberapa segera akan diambil. Selain itu tujuan lawatan kami juga ialah untuk melihat lokasi perancangan bagi membina sebuah gelari seperti satu sekolah kluster di Sabah bagi menempatkan semua piala,sijil dan sejarah tokoh terbilang sekolah ini sebagai persediaan memasuki Sekolah Berprestasi Tinggi.
Jika usaha-usaha strategik bersama jabatan,pibg,alumnai dan badan swasta dapat diusahakan segera terutama bagi membina towering personality dan menjejak tokoh terbilang sekolah serta mengadakan network dan lingkage dengan pelbagai insitusi pendidikan dalam dan luar negeri visi SK Sultan Sulaiman 'untuk menjadi sekolah SBT pada Tahun 2012" pasti bukan hanya tinggal sebagai slogan kosong semata-mata.
tahniah KUSR Terengganu dan GBC sekolah tersebut.
ReplyDelete