Monday, January 3, 2011

Sekitar Taklimat dan Penyampaian Surat Penempatan Guru Lepasan KPLI

Sebentar tadi telah diadakan taklimat dan penyampaian surat penempatan kepada 16 orang guru lepasan KPLI yang ditempatkan masuk ke negeri Terengganu. Daerah Kemaman dan Dungun menerima bilangan guru berkenaan lebih ramai berbanding daerah lain justru bagi mengseimbangkan bilangan perjawatan antara daerah serta keperluan opsyen yang berkaitan di sekolah-sekolah daerah berkenaan.

Ketua Sektor,Sektor Pengurusan Sekolah En. Zakariah bin Ali telah menyampaikan ucapan dan menyampaikan surat penempatan kepada guru-guru berkenaan. Selamat bertugas kita ucapkan kepada semua guru KPLI penempatan 3 Jan 2011. Itizam dan komitmen anda amat diperlukan bagi "Melestarikan Pendidikan Terbilang"

No comments:

Post a Comment