Tuesday, January 4, 2011

Pemantauan di Sekolah Orang Asli SK Sungai Pergam

Sudah agak lama saya tidak pergi memantau ke Sekolah Orang Asli SK Sungai Pergam,Kemaman walaupun jawatan hakiki saya sebagai Penyelia Kanan Khas/Kluster/Asli justru kesibukan dengan tugas "Khas" yang jarang diketahui dan disebut orang. Walau bagaimanapun perkembangan perjawatan,prestasi,keciciran sentiasa saya perolehi melalui prosidur biasa dan laporan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah Daerah Kemaman,En.Jusoh Embong. Saya selalu ingatkan beliau jangan jadikan SK Sungai Pergam,tempat membuang guru bermasalah.

Alhamdulillah pagi tadi saya,Ketua Unit dan En.Jusoh Embong sekali lagi sampai ke SK Sungai Pergam. Mula-mula sampai lebih kurang jam 9.00 pagi saya agak terkejut kerana tiada murid berkeliaran di luar dan senyap. Rupa-rupanya mereka sedang asyik mengikuti pembelajaran. Saya mula terasa inilah barangkali impak yang dibawa oleh Guru Besar baru,En. Ismail. Saya berkata demikian kerana lawatan saya sebelum ini tidak demikian dan jika pada waktu demikian di SK Sungai Berua pula pasti murid boleh dibilang secukup sebelah jari sahaja. Tapi akhir-akhir ini di Sekolah Orang Asli SK Sungai Berua juga sudah berubah dengan kehadiran Guru Besar baru. Kita akan lihat nanti.

Di samping itu saya melihat beberapa orang murid berpakaian sekolah menengah berada di sekolah tersebut.Rupa-rupanya mereka diarah oleh Guru Besar berkumpul di situ untuk di bawa ke sekolah menengah berhampiran untuk pendaftaran Tingkatan 1.Saya tabik akan kecaknaan Guru Besar,SK Sungai Pergam berkorban masa ,tenaga dan wang ringgit kerana berusaha memberi pendidikan kepada anak-anak orang Asli.Persoalan sampai bila dan mampukah beliau menanganinya seorang diri. Kita amat berharap pihak-pihak yang berkepentingan dengan masyarakat Orang Asli dapat melakukan sesuatu dengan menggunakan sumber yang ada bagi membantu pendidikan anak-anak orang Asli Sg.Pergam ke sekolah menengah atau ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Saya berpuashati kerana dibawah bidang tugas saya ,saya berjaya melantik Guru Besar yang hebat ini.Membantu memastikan perjawatan guru dan opsyen di sekolah ini mencukupi. Tiada seorang guru dan staf yang bermasalah berada di sekolah ini pada tahun ini.Terima kasih kepada PPD Kemaman atas keperihatinan tuan. Kita berharap mereka yang diamanahkan bertugas di sekolah ini dapat melaksanakan tugas dengan ikhlas,seronok dan penuh rasa syukur kerana Sekolah Orang Asli kita masih boleh sampai kereta di pintu pagar sekolah jika dibandingkan dengan Sekolah Orang Asli di negeri-negeri lain.

4 comments:

  1. salam...
    sebenarnya ramai dikalangan guru2 kita yg berpangalaman mentadbir...ttp tidak diberi peluang dan ruang utk menunjukkan bakat memimpin...

    ReplyDelete
  2. Memanglah ramai,sekolah rendah ada 11,000 +++ orang guru dan masing-masing ada bakat dan kebolehan .Cuma dalam setahun nak pakai 50 orang guru besar dan 50 orang GPK.Mestilah pilih yang terbaik melalui kaedah sedia ada mengikut tatacara dan panduan oleh Lembaga Naik Pangkat KPM.Mana-mana yang rasa layak mohon dan buktikan kelayakan dan kehebatan masing-masing.Tak faham kaedah dan cara hubungi kita,supaya kita dapat membantu dengan memberi penerangan.Kalau tak yakin datang sendiri ke Unit Naik Pangkat tanya Ketua Unit Naik Pangkat.

    Ini zaman langit terbuka,telus,berani bukannya pengecut,penakut dan prajudis.

    ReplyDelete
  3. Inikah sikap dan pemikiran pegawai yg mengetuai 11,000 org guru yg menuduh guru pengecut,penakut dan prajudis...

    Disebabkan langit terbukalah maka cikgu2 berpeluang meluahkan apa yg terkilan dan terbuku di hati...terimalah setiap teguran,rungutan dgn berlapang dada...baiki kelemahan yg ada...jawab secara berhemah....

    Tidak akan jatuh status kita sebagai pegawai di JPN jika kita bijak mengawal situasi samada dlm percakapan atau tindakan kita...

    ReplyDelete
  4. Ermm cantik dan bagus sekali nasihat Cikgu Nawi. Terima kasih.
    Tanpa perlu buang masa dan tanpa perlu berhujah sila lihat ruangan komen pada posting Jumaat 24 Disember 2010 di bawah tajuk "Pertukaran Dan Penempatan Guru Besar & GPK Berkuatkuasa 1 Jan' untuk melihat perkaitan isu,penjelasan dan niat.

    Blog ni diujudkan untuk memberi maklumat,panduan,info penting bagi membantu para pendidik memahami dasar pendidikan,naik pangkat dsb bukannya medan untuk menuduh,menghentam atau mengujudkan prasangka buruk kepada mana-mana pihak

    Persoalannya kenapa diulang dengan penuh sinikal isu yang telah diperjelaskan bahkan anda Cikgu Nawi tak jawabpun apa yang saya tanya. Bagaimana kita nak bantu ?
    Jangan jadikan blog ini ruang polimik yang tidak menguntungkan sesiapa. Terima kasih.

    ReplyDelete