Thursday, January 13, 2011

Sekitar Majlis Penyampai Surat Pertukaran & Penempatan Guru Besar dan GPK

" Kita hendaklah sentiasa positif dalam semua perkara kerana melalui sikap dan pandangan yang positif kita mengatasi cabaran serta menyelesai masalah dengan mudah..kadang-kadang Allah tidak beri apa yang kita harapkan tetapi Allah beri apa yang kita perlukan...." demikian antara intipati ucapan ringkas En.Zakariah bin Ali,Ketua Sektor Pengurusan Sekolah di Majlis Penyampaian Surat Pertukaran dan Penempatan kepada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan kuatkuasa 16 Jan 2011, di PKG Durian Burung,Kuala Terengganu petang ini.

Tegas beliau lagi panel di peringkat PPD dan JPN telah membuat penelitian sebaik mungkin dengan melihat dalam pelbagai aspek sebelum membuat ketetapan dan keputusan. Seramai lima orang guru besar terlibat dengan pertukaran dan satu daripadanya ditawarkan Pemangkuan DGA34. Dua puluh enam GPK pula terlibat dengan excercise kali ini. Tujuh orang daripadanya terlibat sama ada pemangkuan ke DGA32 dan juga penghakikian dari DGA32(KUP) ke DGA32.Satu daripadanya menolak tawaran.

2 comments:

  1. Admin,
    Saya amat-amat tak fhm, mengapakah masih berlakunya penolakan. Bukankah penyenaraian pendek pemilihan dilakukan melalui proses temuduga. Tidakkah semasa sesi temuduga itu tentunya ditimbulkan isu2 dan faktor2 sesorg calon terdahulu biasanya menolak tawaran. Harap admin dpat memberikan respond. Tq

    ReplyDelete
  2. Calon utk GPK dtg dari dua sumber.Satu dari DGA29 ke DGA32 dan dari DGA32(KUP) ke DGA32.Kedua-dua calon ni memohon dan menyatakan kesanggupan keluar daerah. Tapi bila sampai masa ditawar kena dalam daerahpun mereka tolak. Saya dah sebut dalam tulisan saya terdahulu kalau tak sanggup berganjak sedikitpun jangan mohon,menyekat peluang orang lain.Tapi tu manusia ni...

    ReplyDelete