Pengarah Pelajaran Negeri dalam ucapannya merakam tahniah dan penghargaan kepada mereka yang telah berjaya. Beliau juga berharap akan lebih ramai lagi Guru Besar DGA34 akan memohon sebagai Guru Besar Cemerlang dan mereka perlu membuat persediaan terutama lagi bagi melengkapkan komponen 30% markah bagi kategori sumbangan dan penglibatan. Tegasnya saranan beliau agar guru terlibat dengan kegiatan masyarakat sangat relevan bagi memenuhi komponen berkaitan.
Selain dari itu, Pengarah Pelajaran juga mengingatkan Guru Besar Cemerlang bahawa pengesahan bagi pemangkuan mereka akan dibuat dengan teliti terutama berkaitan pengurusan dan keewangan. Beliau juga mahu semua Guru Besar Cemerlang sentiasa mengamalkan perkara berikut dalam pengurusan mereka:
- Berbicara dan bertindak dalam pengurusan selari dengan dasar yang ditetapkan dengan “government on the day'
- Sentiasa mempertingkat ilmu dan kemahiran terkini
- Memastikan GPS dan Pencapaian A sekolah dalam UPSR meningkat
- Memastikan tiada audit berteguran dan pengurusan kewangan yang optima
- Mendahului dan menepati masa pada program ajuran PPD,jabatan dan agensi berkaitan seperti penghantaran dokumen dan sebagainya
- Menjadi pengurus yang efaktif dan berkesan hingga tiada aduan dari dalam dan luar sekolah
No comments:
Post a Comment