Sebelum ini saya telah jelaskan bagaimana proses penilaian dan pemilihan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan bagi tahun 2011 maka kali ini saya akan sentuh kaedah penawaran walaupun saya telah menyentuh sedikit sebanyak tentang ini, pada posting saya yang lepas-lepas. Bagaimanapun pertanyaan sahabat yang menuntut kefahaman menyebabkan saya rasa terpanggil untuk menulisnya;-
- Semua senarai calon Guru Besar dan GPK yang telah diperakululus untuk tawaran pada sesuatu tahun hanya sahlaku atau valid bermula dari 1 Jan hingga 31 Disember tahun itu sahaja.Jika mereka tidak ditawar pada tahun tersebut maka tiadalah dan senarai itu tidak berguna atau tidak boleh dipakai lagi pada tahun berikutnya
- Semua calon wajib memohon bila iklan dikeluarkan walaupun mereka ada dalam senarai atau telah memohon sebelumnya dengan andaian jika mereka tidak dapat ditawar pada tahun itu mereka masih ada peluang untuk tahun berikutnya
- Semua calon yang ditawarkan boleh menerima atau menolak dan terbaharu jika berlaku penolakan tiada lagi penalti seperti tahun-tahun terdahulu
- Dua perkara penting sebelum penawaran ialah senarai calon yang diluluskan dan kekosongan tempat sama ada dalam daerah atau dalam negeri.
- Sedaya upaya kita berusaha menawarkan calon dalam daerah yang sama tetapi penentu sebenar ialah di mana kekosongan ada sewaktu tiba giliran penawaran.
- Calon yang rangking atau kedudukan atas akan diberi peluang untuk ditawarkan dahulu dan jika pada masa itu kekosongan tiada dalam daerah mereka tapi ada di daerah lain maka mereka akan ditawarkan di sana
- Kadang-kadang orang dirangking di bawah lebih bernasib baik bilamana masa penawaran berlaku terdapat kekosongan dalam daerah mereka maka mereka akan ditawarkan di situ.
- Kita tidak dibenarkan melangkau rangking oleh LNP kerana bimbang orang yang dilangkau tidak sempat atau terlepas untuk ditawarkan pada tahun itu.
- Kadang-kadang "cross daerah" berlaku jika daerah berkenaan tiada calon masa kekosongan terutama daerah-daerah yang kecil
- Bagi urusan penawaran GPK tahun 2011 kita tiada masalah untuk menawarkan calon mengikut daerah kerana kita mempunyai calon pemangkuan DG29 dan DGA32(KUP) mengikut daerah yang mencukupi tetapi bagi Guru Besar kemungkinan menyeberang daerah akan berlaku kerana calon diluluskan pemangkuan oleh LPN tidak seimbang mengikut daerah.
- Bagi urusan tahun 2011 ini kita menerima sekurangnya satu calon pemangkuan DG29 dan calon DGA32 (KUP Time Base yang menolak walaupun di daerah yang sama ataupun gajinya naik sampai RM500 kerana dinaikkan pangkat.
- Mereka yang menolak ini adalah mereka yang memohon dan bersedia akur untuk bertukar namun wang dan pangkat bukanlah segala-galanya walaupun kehidupan hari ini segala-galanya perlukan wang dan pangkat.
No comments:
Post a Comment