Satu mesyuarat ringkas Unit Pengurusan Sekolah Rendah diadakan jam 9 pagi ini bagi menyelaras beberapa perkara agar segala urusan Unit pada tahun ini akan lebih baik dan cemerlang. Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah,En.Jelani Sulong mengingatkan semua pegawai dan staf tentang pentingnya peranan Unit Pengurusan Rendah sebagai "front liner" JPN Terengganu. Oleh itu tegas beliau semua staf mesti dapat memberi komitmen dan khidmat yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan yang terdiri daripada Pengurusan Sekolah,guru dan ibubapa.
Perjumpaan hari ini juga untuk merakamkan penghargaan terima kasih kepada Pn.Atikah dan En.Muhamad yang bertukar ke sekolah dan mengalukan kedatangan En.Ami dan Cik Maziah yang menggantikan mereka yang bertukar.
Bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan kami mengalukan-alukan pandangan ,cadangan dan saranan membena dari para pelanggan.
No comments:
Post a Comment