Friday, September 16, 2011

Taklimat System Star Rating (SSR)

DUNGUN - " System Star Rating (SSR) telah diperkenalkan bertujuan menilai,mengukur prestasi agensi kerajaan berada pada tahap cemerlang (lima bintang) " demikian kata En. Rahim Sulaiman,Penyelaras SSR bagi Sektor Pengurusan Sekolah dalam taklimat beliau pada Kursus Peningkatan Prefesionalisme Sektor Pengurusan Sekolah di Mayang Sari Beach Resort,Dungun pagi ini. Selain itu tujuan lain SSR ialah;
  • Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi yang cemerlang
  • Memberi publisi yang meluas mengenai dasar,strategi dan amalan baik yang dilaksanakan
  • Menggalakkan persaingan sihat di kalangan agensi Sektor Awam
Penilai SSR dinilai melalui tiga komponen utama :
  1. Pengurusan - organisasi ,kewangan,sumber manusia
  2. Perkhidmatan Teras
  3. Pengurusan Pelanggan
Sejarah penilaian SSR di Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2008 yang dinilai di bawah Ketua Setiausaha Kementerian mencapai 4 bintang  dan di bawah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mencapai 4 bintang. Manakala penilaian tahun 2010 penilaian bagi kedua-dua bidang pentadbiran ialah 4 bintang. Antara kementerian yang mencapai 5 bintang ialah Kementerian Kewangan. Sementara bagi JPN Terengganu belum lagi diaudit atau dinilai oleh MAMPU.

Objektif Pelaksanaan JPN Terengganu 
  • memastikan prestasi JPN dan PPD Negeri Terengganu mencapai 5 bintang
  • memupuk kesedaran dan kefahaman kreteria SSR di kalangan pegawai dan staf
  • mengutamakan dokumentasi dalam prosidur dan proses kerja
  • mengamalkan budaya pengurusan kualiti secara berterusan dalam organisasi
Jawatankuasa Pelaksanaan SSR Sektor Sekolah dipengerusikan oleh Ketua Sektor,Setiausaha pula penyelaras SSR Sektor Sekolah dan Ahli Jawatankuasa terdiri dari semua ketua unit. Aktiviti SSR bagi Sektor Sekolah ialah;
  • Taklimat/kursus
  • Pelantikan Penyelaras SSR Sektor dan Unit
  • Mesyuarat JK SSR Sektor
  • Pengumpulan bahan dan dokumentasi
  • Pengauditan Dalaman
  • Penyediaan Laporan Status SSR
  • Taklimat persediaan SSR
  • Proses pelaksanaan SSR
Penilaian SSR kepada Sektor Pengurusan Sekolah dalam Komponen Pengurusan dibuat sebagaimana berikut:
  • Pengurusan Organisasi
    • Program Perekayasaan Proses Kerja (PPPK)
  • Penguusan Sumber Manusia
    • Pelan Penggantian
    • Pengiktirafan / penghargaan

0 ulasan:

Post a Comment