Thursday, September 8, 2011

Taklimat iGPK32 dan cadangan pertukaran pengurusan sekolah selepas UPSR

Pagi tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Alamanda,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah diadakan Taklimat iGPK32 dan cadangan pertukaran dan penempatan pengurusan sekolah selepas UPSR. En.Zakariah Ali,Ketua Sektor Pengerusan Sekolah telah mempengerusikan sesi berkaitan. Semua Timbalan PPD,Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah dan Pegawai dari Unit Sekolah Rendah telah hadir.

En. Wahab Salleh selaku pembina program iGPK32 telah menyampaikan bagaimana operasi sistem berkaitan berjalan. iGPK32 adalah ringkasan kepada satu Sistem Pengisian Guru Penolong Kanan DGA32 dari kalangan Guru Penolong DGA32(KUP) Time Base. Guru Penolong yang berminat memohon menggunakan borang permohonan manual. Kemudian panel penilaian awal PPD akan menilai pengalaman,kursus,sumbangan  berasaskan borang berkenaan. Maklumat ini akan dikey in dalam sistem iGPK32 dengan memasukkan no kad pengenalan dan markah penilaian borang dan temuduga. Manakala markah prestasi dan data-data lain digenerate secara automatik dari data emis dan data prestasi naik pangkat. Dari pada pengkalan data inilah pemohon akan disaring dan diranking untuk temuduga dan seterusnya ditawarkan tempat sebagai GPK.

Selain dari itu mereka hadir yang juga sebagai panel penempatan dan pertukaran pengurusan sekolah  telah mencadangkan pertukaran dan penempatan tawaran baru Guru Besar, GPK serta Penyelia di PPD/JPN selepas UPSR bagi mengisi kekosongan yang ada. Pelaksanaan dibuat selepas UPSR bagi memastikan tiada gangguan kepada momentum persediaan sekolah menghadapi UPSR pada 13 - 15 September 2011 minggu depan. Yang penting sekarang semua pihak memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi UPSR agar semua murid Tahun 6 diberi ruang dan peluang terbaik menjawab soalan tanpa sebarang gangguan


No comments:

Post a Comment