Bila kita berbicara tentang masalah jantung atau senang disebut “sakit jantung” tiada siapa yang soronok mendengarnya. Analoginya ia adalah isu kronik dan dekat dengan mati. Bila membicarakan berkaitan dengan rawatan terutama rawatan moden lagilah menakut dan mengerunkan. Dalam tulisan kali ini saya ingin berkongsi pengalaman benar yang saya lalui supaya apa yang mungkin kita dengar tidak semuanya betul. Kadang-kadang ianya hanyalah sekadar “ilusi dan imeginasi” yang kita cipta sendiri.
Beberapa hari sebelum sambutan hari raya peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada tahun 2008 saya bersama-sama beberapa rakan di jabatan telah terlibat dengan mesyuarat e-Gtukar di Melaka dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM. Pada hari kedua semasa makan malam di hotel ,saya merasa kurang selesa di bahagian belakang sebelah kiri lalu dirujuk ke sebuah kelinik swasta berhampiran. Kebetulan doktor berkenaan pernah bekerja di IJN dan beliau membuat ujian ECG dan mendapati saya ada masalah jantung. Doktor berkenaan memberikan ubat dan menyediakan surat dengan memberi nasihat jika sakit segera ke mana-mana hospital berhampiran.
Tentunya sesiapapun akan berasa susah hati atau masa ajalnya sudah terlalu dekat. Esok sekali lagi saya minta izin kepada Ketua Unit untuk melalukan ujian ECG di kelinik sama bagi mendapatkan kepastian. Hasilnya juga “mengecewakan”. Saya ada masalah jantung. Perasaan kurang selesa tambah dengan susah hati menyebabkan sesekali sakit bahagian belakang kiri datang sekali-sekala. Bila sampai di rumah dari Melaka lagilah anak isteri semakin gusar dan susah hati. Bagaimanapun Alhamdulillah Allah berikan saya kekuatan dan saya tidak mahu mereka susah hati. Saya cuba menyembunyikan kerisauan saya.
Pada sambutan hari raya jabatan pada tahun 2008 saya turut bertugas seperti biasa. Pada sebelah petang saya mohon izin dengan Pengarah pada masa itu untuk ke hospital. Anak sulong saya menghantar saya ke hospital dan apabila tiba di Unit Kecemasan saya serahkan surat dari doctor klinik swasta Melaka dan saya segera diberi pemeriksaan di Unit Kecemasan walaupun saya tidak merasa sakit.
Saya bertekad supaya saya di tahan di wad kerana mahu mengetahui status sebenar. Apabila doktor cadangkan saya masuk wad saya terus bersetuju. Lucunya selepas itu saya tidak dibenarkan berjalan tetapi dipaksa naik kereta sorong. Hehehe istimewa juga pesakit jantung kata dalam hati saya. Apabila masuk Wad 7E iaitu wad jantung di HSNZ saya lagi terkejut kerana semua pesakit yang ada dalam wad tersebut waktu itu hampir separuh mati sedangkan saya sihat. Kebetulan pula baru berhenti merokok dan amat berselera makan walaupun makanan di hospital. Saya juga melarang isteri supaya jangan tunggu saya kerana saya sihat boleh mandi dan makan sendiri tetapi isteri saya berkeras mahu jaga jugak.
Setelah tiga hari dengan melalui pelbagai ujian dengan pelbagai mesin saya dibenarkan keluar wad dan diberi cuti yang panjang. Saya diberi tarikh untuk rujukan di Pusat Harian di Klinik Cardiologi. Saya juga diberi ubat jantung,cair darah,kurang kolestrol. Alhamdulillah bab makan ubat saya tiada masalah. Cuma yang saya risau cuti yang amat panjang. Seingat saya,saya hanya cuti sekejap dan terus bertugas. Tiga bulan atau enam bulan sekali saya ke Klinik Kardiologi untuk pemeriksaan hinggalah doktor cadang buat stress test dan gagal. Saya dicadangkan dirujuk ke IJN pada awal 2010 namun tidak dapat dilakukan. Sekali lagi dicadangkan ke IJN buat kali kedua tapi juga dibatalkan atas kesibukan kerja dan juga perasaan takut dan gerun dengan pelbagai cerita.
Walau bagaimanapun dalam hati kecil saya ingin tahu apa sebenarnya masalah jantung saya. Ramai rakan-rakan tidak tahu saya menghadapi masalah jantung kerana tidak nampak sakit atau letih. Mereka lihat saya sentiasa happy dan bekerja seperti orang lain. Saya pun hairan rasa ngilu bahagian belakang bila kerja berat sudah tiada.Namun bila check kat kelinik kardio ECG saya memang tak berapa betul. Keinginan untuk tahu apa sebenarnya semakin meluap dan dalam temujanji terakhir di Klinik Kardiologi doktor yang merawat saya mencadangkan saya membuat engiogram. Saya tanya kat mana doktor..beliau kata kat HSNZ. Saya terus je terima. Alhamdulillah ..takut ada gerunpun ada… Lalu temu janji dibuat pada 19 September dan masuk 18 September. Saya bertanya risikonya dan kata doctor adalah 1%.
Seminggu sebelum masuk wad saya ada jumpa Dr. Mazlan di Kelinik Mazlan Bukit Payong.Beliau telah menerangkan cara angiogram dibuat dengan gambarajah sekali. Terima kasih Dr. Mazlan kerana saya yakin sedikit. Beberapa minggu sebelum itu saya maklumkan kepada mak saya minta doa. Berkali-berkali mak saya cakap nak hadir tapi saya kata tidak apalah cukup dengan doa mak.Saya ada tulis sepintas selalu kat Facebook saya dan ramai kawan-kawan yang doakan . Terima kasih.
18 September dua hari sebelum sambutan Hari Raya peringkat Jabatan Pelajaran Terengganu sebelah tengah hari saya mendaftar wad dan bila sampai Wad 7E saya dimaklumkan ada tujuh pesakit akan buat angiogram dan pasang stent (spring). Rupa-rupanya Pusat Rawatan Jantung HSNZ yang baru beberapa bulan sudah ada dua perkhidmatan penting.Rasa nak menitik air mata mengenangkan bertuahnya Terengganu yang mempunyai Menteri Besar yang membelanjakan RM36 juta bukan pusat ini. Bermakna kes-kes angiogram dan pasang stent rakyat tidak perlu lagi ke IJN.Terima kasih Menteri Besar dan kerajaan negeri..
Menunggu saat 19 September paling resah dan mendebarkan. Takut ada,gerun ada…bermacam-macam perasaan." Ya Allah permudahkanlah urusanku doa", saya tidak putus-putus. Kesempatan yang ada digunakan untuk baca Yasin agar Allah permudahkan urusan. Alhamdulillah isteri saya Cikgu Mastura sentiasa bersama disisi dan memberi semangat.Saya bersyukur dengan ujian ini beliau benar-benar menampilkan watak isteri yang saya inginkan. Pagi 19 September isteri memaklumkan bahawa saya, adalah giliran terakhir..mungkin lewat petang kut kerana untuk dua pesakit yang masuk stent mungkin mengambil masa sedikit. Jam 5.30 petang saya mula dibawa ke Pusat Jantung di Tingkat 1,Pusat Harian dari Wad 7E. Sampai di sana masih ada seorang yang belum masuk bilik operasi.Perasaan takut dan gerun saya semakin kurang kerana rakan-rakan terdahulu yang keluar selepas membuat angiogram dan masukkan stent semua ceria dan gembira semua.
Jam 6.30 tiba giliran saya dibawa masuk ke dewan bedah. Krew Pusat Rawatan Jantung meletakkan saya di atas tempat khas dan melakukan prosidur sebagaimana ditetapkan. Apabila selesai dua pakar Dr.Sepawi dan Dr. Zulkifli (kedua-duanya dari Kelantan) memulakan proses membius pada pangkal paha sebelah kanan dan melaksanakan proses dengan dibantu kamera berkuasa tinggi dan gambar jantung terpampang di skrin dan doktor menembak cecair untuk mengesan tempat tersumbat.Selepas 20 minit selesai. Ya Allah menitis air mata saya…mudah,cepat,amannya tanpa ada sebarang kesakitan. Sejuta kali ganda apa yang saya bayangkan dengan apa yang berlaku. Saya dalam keadaan sedar dari awal hingga akhir proses. Semasa dalam proses doktor bertanya krew berapa orang dah yang menerima rawatan kat pusat tersebut. Seorang krew menjawab termasuk saya sudah 192 orang. Saya adalah pesakit ke 192 menerima rawatan..
Saya bertanya doktor bagaimana jantung saya..doktor kata satu salur kiri tersumbat dan satu lagi genting atau leper. Sebelum operasi ni dibuat saya memaklumkan kepada Dr. Zulkifli bahawa saya baru nak kena buasir dan pendarahan so doktor nasihatkan buat engiogram dahulu sebab kalau masuk stent terus bimbang takut berlaku pendarahan kerana kadar kepekatan darah akan dicairkan sedikit masa proses. Oleh itu Insyaalah pada 28 Disember 2011 telah ditetapkan tarikh untuk masukkan stent.
Selepas keluar bilik operasi saya di bawa keluar dan petugas mengambil masa 10 – 15 menekan pada paha yang salur utama digunakan untuk mengelakkan pendarahan dan selepas itu ditolak balik ke wad dan diletakkan pasir lebih kurang 6 jam di paha tempat engiogram dimasukkan tanpa boleh bergerak. Tujuan ialah supaya darah yang ada kembali stabil sedikit luka sembuh kembali. Pagi tadi 20 haribulan sayang bertanya Staf Nurse mengenai diagram jantung saya selepas engiogram seperti di bawah:
A adalah saluran utama jantung kiri yang leper dan genting. Darah tidak boleh mengalir terus ke urat jantung kiri yang membawa masuk darah. Jika ia berpanjang otot jantung boleh jadi mati. B pula ialah satu saluran jantung tersumbat. Kedua-dua masalah berada sebelah kiri dan saluran sangat penting bawa masuk darah ke jantung dan keluar pada saluran kanan.
Alhamdulillah saluran darah sebelah kanan semua masih ok. Namun Allah memberi peluang lagi untuk saya hidup dengan memberi laluan alternative dari C ke D. Dalam kajian tidak semua orang mempunyai vesel kolateral yang terbuka. Ini adalah anugerah Ilahi kepada siapa yang dikehendakiNYa. Mungkin berkat doa ibu,anak isteri,rakan taulan.. Hanya Allah jua yang tahu. Kolateral C ke D telah membekal darah ke seluruh jantung darah sebelah kiri menyebabkan otot jantung berfungsi. Itulah sebab agaknya saya tidak merasai sakit sebagaimana mereka yang menghadapi masalah jantung.
Pada 28 Disember nanti angiogram adalah untuk memasukan stent pada A dan B. Insyaalah. Stent itu sebagaimana spring seperti dalam gambar di bawah untuk membuka pembuluh darah.
Jam 12.00 tengahari tadi saya dibenarkan keluar wad untuk pulang dengan tidak ada apa-apa kesakitan. Doktor memberikan cuti rehat seminggu dengan melarang kaki sebelah kanan tempat dilakukan engiogram digunakan dengan kuat seperti memandu dalam masa seminggu ini.Alhamdulillah setakat ini Allah permudahkan urusan saya. Syukur dan insaf akan kebesaranMu Ya Allah.
Tulisan ini saya dedikasikan kepada seluruh rakyat Terengganu agar bersyukurlah dengan nikmat yang Allah beri sehingga timbul kesedaran pimpinan untuk membuka pusat rawatan yang sangat bermakna ini. Tidak lupa kepada para doktor dan krew petugas wad jantung 7E HSNZ yang sabar dan dedikasi,tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada Dr. Sapawi,Dr.Zulkifli dan semua krew Pusat Jantung HSNZ atas dedikasi dan profesionalisme yang tinggi juga setinggi terima kasih sekalung budi kepada Ketua Sektor Sekolah,KPP,KU Rendah,rakan-rakan para sahabat,anak isteri dan ibunda tercinta atas doa dan semangat berterusan..
Nasihat saya kepada rakan-rakan yang menghadapi masalah jantung segeralah membuat rawatan sesungguhnya ajal maut di tangan Allah,ikhtiar adalah tanda syukur kita atas nikmat pemberian akal dan kudrat untuk berusaha. Jangan terpenjara dalam persepsi salah yang kita bina berasaskan andaian. Dan kepada anak didik kita warga Terengganu belajar dan berusahalah dalam bidang perubatan merawat pesakit jantung kerana Pusat Jantung HSNZ masih memerlukan ramai pakar dalam bidang ini. Sesungguhnya besar amal kebajikan kerjaya dalam bidang ini. Tidakkah kita mahu berlumba-lumba membuat kebajikan sambil berkhidmat.
Jika anda memerlu keterangan lanjut tentang rawatan engiogram READ MORE
Catatan pengalaman
Cikgu Mat Lazim Noor
Penyelia Kanan Unit Sekolah Rendah ,JPN Terengganu
Thе post fеatuгes pгoven nеcеssагу to me
ReplyDeletepеrѕοnаlly. It’s гeally informatіve and
you're simply naturally very well-informed in this region. You have opened my own face in order to varying views on this specific subject matter with intriguing, notable and sound written content.
My web site: phentermine
Here is my web page - phentermine
menarik
ReplyDeleteAssalammualaikum wbth...boleh saya tanya pengalaman selepas buat pembedahan angiogram dan pemasangan stent ? Maksudnya dari segi leadaan jantung selepas buat pembedahan...adakah jantung terus stabil atau punyai peratusan atau perlukan senaman dan cara pemakanan utk jantung stabil 100% ?
ReplyDeleteBerapa kos angiogram di HSNZ ya? Bg kakitangan kerajaan.
ReplyDelete