Friday, September 16, 2011

Kursus Peningkatan Profesionalisme Sektor Pengurusan Sekolah JPN Trg

DUNGUN - Bermula 15 hingga 17 September 2011,Sektor Pengurusan Sekolah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu mengadakan kursus berkenaan kepada semua pegawai dan staf mereka. Kursus berkenaan telah diadakan di Mayang Sari Resort,Dungun,Terengganu.

Antara lain tujuan kurus ini adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dan staf Sektor Pengurusan Sekolah dalam melaksanakan tugas berasakan bidang masing-masing. Selain dari itu kursus ini bertujuan mempertingkat motivasi dan pendedahan tentang peraturan perkhidmatan agar dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,En. Zakariah bin Ali telah menyampaikan ucaputama dan merasmikan kursus berkenaan semalam. Beliau mengingatkan kerabat kerja Sektor Pengurusan Sekolah agar sentiasa memahami misi dan visi jabatan dan sektor,dasar-dasar  baru kerajaan terutama yang berkaitan dengan pendidikan. Beliau juga menyeru agar kita sentiasa bersikap positif kerana dengan bersikap positif banyak faedah serta manafaat yang kita perolehi.

Sepanjang tiga hari dua malam semua peserta akan diberikan imput oleh penceramah jemputan dan perbengkelan. Kita berharap kursus ini akan meninggalkan impak dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan Sektor Pengurusan Sekolah.

No comments:

Post a Comment