Justru itu sekolah-sekolah yang dinilai oleh pasukan penilai bagi anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi jangan kecewa dan berputus asa jika dalam percubaan pertama mereka gagal meraih anugerah berkaitan kerana kekurangan dan kelompangan tertentu. Malah mereka sepatutnya bersyukur kerana layak dicalonkan,diberi pendedahan dan latihan perancangan bagaimana menyiapkan diri sebagai SBT. Setidak-tidak mereka tahu tujuan sut SBT ialah "mewujudkan sekolah yang berupaya menjadi "showcase" peringkat antarabangsa. Bermakna sekolah mereka perlu ada keunikan dan keluarbiasaan tertentu.
SK Dusun,Hulu Terengganu satu-satunya sekolah SKM yang tercalon untuk penilaian akhir SBT tidak perlu merasa kerdil dan rendah diri kerana sedikit "kekurangan" yang boleh diperbaiki dan dipertingkatkan pada masa akan datang. Apa yang penting mereka sudah faham ciri-ciri SBT perlu mempunyai plan induk perancangan ke arah itu untuk dua tiga tahun akan datang. Mereka perlu mempunyai "sesuatu" yang menjadi etos dan juga kebitaraan unik yang tidak dipunyai oleh orang lain.Bahkan semua sekolah sewajarnya menghalakan misi dan visinya ke arah itu kerana SBT adalah hiraki darjat tertinggi sesebuah sekolah.
Hasil tinjauan kami dalam pemantauan Anugerah SKM Cemerlang Negeri SK Dusun sudah ada kekuatan dari segi kepimpinan dan pengurusan pendidikan,teamwork,sokongan komuniti dan sumber persekitaran yang boleh dimanafaat bagi menambah dana untuk pembangunan pendidikan pada masa depan. Saya difahamkan ada ibubapa yang bekerja di Kuala Lumpur rela menyekolahkan anak di SK Dusun kerana mahu anak mereka berjaya justru rekod kejayaan cemerlang UPSR. Keyakinan ini sangat mahal harganya kerana dengan keyakinan Guru Besar,Guru,Ibubapa dan komuniti ianya antara faktor penyumbang utama kejayaan sekolah.
Kita sangat percaya jika Pengurusan SK Dusun,semua guru,pibg dan ibubapa bersatu tenaga melaksanakan perancangan rapi dengan hala tuju jelas dan bersungguh-sungguh suatu hari nanti sekolah kampung Dusun ini akan menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi seperti SK Ulu Lubai di Serawak. Apa yang penting 'hendak seribu daya,mahu seribu cara". Dan juga jangan terkejut juga jika akan muncul SKM yang hebat-hebat nanti kerana tanda-tanda itu sudah ada.
SK Dusun terus cemerlang..Nostalgia 89-99.
ReplyDeleteTahniah buat warga SK Dusun...Maju terus Maju...buktikan kepada dunia....
ReplyDelete