Monday, September 26, 2011

Mesyuarat Pra Pertukaran Guru (j-Qaf / Prasekolah / Pemulihan /Pendidikan Khas)

KUALA TERENGGANU - Unit Sekolah Rendah,Sektor Pengurusan Sekolah,JPN Terengganu telah mengadakan mesyuarat berkenaan bersama-sama dengan pegawai dari Sektor Pendidikan Islam,Unit Prasekolah dan Sektor Pendidikan Khas dan Swasta bagi menyelaras permohonan keluar dan permohonan masuk guru-guru opsyen J-Qaf,Prasekolah dan Pemulihan serta Pendidikan Khas sebelum mesyuarat secara berpusat dengan pihak kementeriaan.

Mesyuarat ini bukan sahaja memutuskan untuk menyokong pemohonan yang berkelayakan memenuhi syarat dan kreteria tetapi juga menyemak ketepatan data agar guru-guru yang masih di bawah LPBS yang belum cukup syarat  tidak terlepas jika berlaku manipulasi data.Selain dari itu juga ialah menentukan kesimbangan antara yang disokong keluar atau yang disokong masuk agar tidak berlaku kelebihan dan lambakan opsyen yang tidak berkenaan atau sebaliknya. Bagi tujuan berkenaan asas dan dasar utama kreteria pertukaran guru yang diputuskan dalam pekeliling menjadi pegangan utama.

Kita berharap melalui pra pertukaran ini kita dapat menyokong permohonan masuk atau keluar dengan tepat dan adil demi kepentingan serta kebajikan guru itu sendiri dan juga murid-murid yang akan menerima perkhidmatan daripada  mereka.
 

1 comment:

  1. ini tahun ke 3 saya mengajar selepas perlantikan..bolehkah pertukaran saya tahun 2012 ini diluluskan?..dan boleh mengisi eg tukar seperti guru lain

    ReplyDelete