Negeri Terengganu telah diwakili oleh Penyelia Kanan Projek Khas/Asli/Kluster,Penolong PPD Pengurusan Sekolah PPD Kemaman dan Guru Penolong Kanan Sekolah SBT,SK Sultan Ismail,Kemaman.
Pelaksanaan autonomi di SBT telah dinyatakan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Autonomi SBT yang dilampirkan bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/ 2010 yang meliputi autonomi dalam bidang berikut:
- Autonomi Pengurusan Kewangan
- Autonomi Pengurusan Sumber Manusia
- Autonomi Pengurusan Pemilihan Murid
- Autonomi Pengurusan Kurikulum
Secara umumnya Autonomi Pemilihan Murid bermaksud Pengetua atau Guru Besar diberi peluang memilih 20% ke SBT yang di bawah kawalannya. Bagaimana cara dan kaedahnya berasaskan pekeliling dan garis panduan yang akan dikeluarkan nanti. Sementara Autonomi Pengurusan Kurikulum di bawah Program Laluan Pintas akan dilaksanakan pada Februari 2012 bagi murid Tahun 1 di SBT di mana murid yang terpilih melalui beberapa makenisma akan menduduki kelas PLP dengan pembelajaran kurikulum mampatan Tahun 1 dan 2 dan nanti mereka akan terus ke Tahun 3 pada 2013. Panduan dan kaedah pelaksanaan serta latihan akan diberi kepada Guru-Guru Tahun 1 di SBT nanti.
Mesyuarat yang melibatkan pegawai KPM,JPN,PPD dan pengurusan sekolah SBT adalah usaha memberi kefahaman serta menyelaras apa jua isu berbangkit daripada pelaksanaan autonomi agar dapat ditangani dengan cekap dan bijaksana. Usaha-usaha strategik seperti ini sangat besar ertinya bagi terus mengangkat SBT sebagai "international showcase" serta memugarmantapkan keterbilangan akademik,kokurikulum,etos dan kebitaraannya.
No comments:
Post a Comment