Oleh:
A. GHANI BIN AWANG, K.B., P.A. (Mal).
KEMERDEKAAN:
Defenisi Umum : Bebas dari penjajahan dari Negara dan bangsa asing. Tanah Melayu mula dijajah 1511, kejatuhan Melaka dan merdeka dari British 1957.
Zaaba :
1. Berubah dari kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan cerdik yang membebaskan fikiran
2. Berubah daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia (hati)
3. Berubah daripada iktikad yang serong dan terpesong kepada iktikad yang subur dan merdeka
4. Berubah daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan kepada hawa nafsu kepada kesolehan
5. Berubah daripada fikiran yang menahan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakan kemaraan yang baik-baik dan mulia
CIRI-CIRI INDIVIDU MERDEKA:
1. Mempunyai harga diri yang tinggi
2. Akal budi yang mantap
3. Fikiran dan hati yang terbuka
4. Daya pengaruh dan mempengaruhi yang luas
5. Kepimpinan yang humanistic
6. Pencipta, berdaya saing
7. Keputusan berasaskan data
8. Berkorban demi diri, keluarga, agama, bangsa, Negara = cintakan negara
9. Mementingkan ‘orang lain’ lebih daripada diri sendiri.
10. Integriti tinggi
11. Dayajuang yang tinggi – berani gagal, berani kalah
12. Seimbang dunia dan akhirat, dunia untuk akhirat
13. Iman, Ilmu dan Amal
CABARAN ALAM SIBER:
Dunia pantas berubah dari papan selit ke iPad. Perubahan tekologi terlalu pantas. Jam 12.00 tengahari kita beli, belum sampai di rumah, kita sudah ketingalan.
1. Jenayah siber : penjenayah vs mangsa jenayah. Elakkan diri dari terlibat.
Kajian David S. Wall (2005) mendapati terdapat hubungan yang signifikan diantara penggunaan internet dengan jenayah yang berlaku dewasa ini. Ini termasuk pornografi, penipuan, pelacuran, penyeludupan, peras ugut, pelaburan haram, aktiviti seks bebas, mencabul kehormatan, penyalahgunaan dadah dll.
Jenayah siber juga melibatkan penipuan, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, penggodam (hacker), penyebaran virus, pencerobohan, pornografi, ancaman, fitnah dll.
Menurut statistik polis, jumlah kes dibuka pada 2010 ialah 1,050 sementara pada 2011 sehingga Julai tahun ini sahaja sebanyak 500 kes dengan jumlah tangkapan pada 2010 ialah 300 sementara tahun ini sehingga Julai sebanyak 80 kes.
Jumlah kes yang telah berjaya diselesaikan pada 2010 ialah 800 sementara pada tahun 2011 hingga Julai ialah 200 kes.
2. Perubahan teknologi terlalu pantas, sama ada kita kejar vs kita ditinggalkan. Pilihan kita ialah kejar. Terlibat bukan hanya sebagai pengguna tetapi pencipta, innovator, invantor, pereka, pengaturcara, tetapi bukan pengodam.
3. Teknologi tanpa nilai. Nilai-nilai kemanusiaan hilang jika tidak dikawal. Jangan lupa nilai-nilai.
4. Cabaran timbul apabila kita hanya menjadi pengguna – bukan pencipta, bukan innovator / invantor. Jadi kita wajib menjadi pencipta, innovator / invantor
5. Tidak ada pilihan. Kena ikut perubahan teknologi. Tidak boleh hanya menjadi pemerhati, walau siapa pun kita. Masih terdapat mereka yang sukar berubah untuk menggunakan sepenuhhnya kemudahan teknonogi dan amat selesa dengan cara yang konvensenal.
BAGAIMANA MENGHADAPI : PERANAN DIRI :
Undang-undang siber sahaja tidak mampu melindungi masyarakat:-
1. Akta Jenayah Komputer (1997)
2. Akta Tandatangan Digital (1997)
3. Akta Teleperubatan (1997)
4. Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.
5. Akta Perlindungan Pengguna (1998)
6. Akta Perlindungan Data Peribadi (masih dalam penggubalan)
7. Akta Telekomunikasi
8. Akta Hakcipta
9. Akta Kanak-Kanak (2001)
10. Akta Pencegahan Pemerdagangan Manusia (2008)
Jadi yang lebih penting dan utama:
Kongruen :
Spiritual
Fizikal
Emosi
Kognitif
Mental
1. Pandai membuat keputusan / bijak memilih.
2. Tahu menyatakan ‘tidak’ / pandai menyatakan ‘ya’.
3. Ambil peluang, cabaran sebagai peluang. Cipta peluang, jangan hanya tunggu peluang.
4. Kembangkan potensi diri, tingkatkan ‘self-esteem’
5. Matang pemikiran lebih dulu dari matang usia / biologi
6. Wujudkan rangkaian komunikasi yang cekap, bermaklumat, tidak perlu mendedahkan keseluruhan identiti diri kepada khalayak
7. Update “pengetahuan”, update kemahiran ‘tekonologi’, update ‘perubahan teknologi’, update ‘pemikiran’ selari dengan perubahan teknologi
8. “Modal Insan berdaya saing antara komponen penting dalam menanggani isu keselamatan siber selain teknologi yang efektif dan perjalanan proses yang baik”, Husin Jazri, Ketua Pengarah Eksekutif Cybersecurity Malaysia
PENUTUP:
Daripada perbincangan di atas undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan mungkin dilakukan beribu-ribu kilometer jauhnya ataupun dari orang yang di sebelah kita dan amat malang sekali kita sukar mengenali siapa mereka dan dari mana mereka menyerang kita. Walau bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa saja perisian keselamatan yang lain.
Jauh lebih penting ialah bagaimana kita menghadapi isu-isu berkaitan dengan alam siber. Diri kitalah yang bertanggungjawab sepenuhnya.
Apa pun jangan sampai kita dijajah kembali dalam alam siber, kerana kita tidak mempunyai kekuatan diri. Binalah kekuatan diri, kenali potensi diri, bangun dan bangkit sebagai manusia yang bertamadun dengan kekuatan spiritual, mental, fizikal, afektif dan kognitif.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Kali ke 54 dan mengharapkan kita berupaya dengan izin Allah untuk menikmati lagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 55.
A GHANI BIN AWANG
11 September 2011.
Penulis ialah Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Ahli Berdaftar dan mempunyai Perakuan Amalan dari Lembaga Kaunselor.
No comments:
Post a Comment