Dalam siri yang lalu saya telah cuba memikat dan membawa pemikiran anda kepada suatu keperluan dan cabaran dalam karier anda semua, iaitu adakah anda mahu menjadi seorang guru biasa (an ordinary teacher) atau seorang guru perkasa (a great teacher)?
Persoalan ini sebenarnya sangat relevan dengan perkembangan pendidikan masa kini atau dalam dekad kebelakangan kerana di banyak negara, tumpuan adalah kepada pencapaian dan prestasi murid dan pelajar dengan pencapaian dan prestasi yang cukup tinggi, atau dikatakan sebagai cemerlang atau berprestasi tinggi.
Pada umumnya kejayaan dan kecemerlangan pelajar merangkumi tiga aspek yang utama iaitu; (a) prestasi akademik, (b) pembangunan personaliti dan (c) perkembangan kerjaya. Penguasaan dan prestasi tinggi dalam ketiga-tiga aspek ini dipercayai akan dapat memastikan sesuatu sistem pendidikan itu mampu memenuhi keperluan dan kehendak pelajar, ibu bapa dan masyarkat serta dapat bertahan dan bersaing dalam era globalisasi, k-ekonomi dan ICT.
Kemampuan dan usaha untuk melahirkan pelajar yang berprestasi tinggi dan terserlah sesungguhnya bukanlah suatu perkara yang mudah. Pengalaman menunjukkan bahawa hanya tedapat segelintir pelajar (mungkin 10 hingga 20 peratus ) sahaja dari sesuatu kohort itu berada dalam kategori cemerlang atau berprestasi tinggi. Perkara ini mugkin dapat kita kesan dengan menjejaki sejarah atau profil pestasi dan pencpaian idividu pelajar bermula dari sekolah menengah hinggalah keperingkat lepasan menengah atau pengajian tinggi. Contohnya konsistensi pencapaian dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM/MATRIKULASI/ASASI, DIPLOMA DAN IJAZAH PERTAMA.
No comments:
Post a Comment